Followers

Tuesday, July 28, 2009

Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat

Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock -didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak. baca lagi

Merampas kuasa?...Rakyat Perak telah memberi kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, rakyat Perak telah mengadaikan kepercayaan selama berabad lamanya dengan kerajaan Barisan Nasional yang mereka tahu satu-satunya kuasa kerajaan yang telah menjadikan Perak maju dan jaya, tapi oleh kerana terlampau percaya dengan hasutan, janji-janji manis dan rayuan di tambah dengan masaalah ekonomi yang melanda negara ini menjadi tiket PR untuk menambat hati rakyat Perak yang tertekan dan berada dalam masaalah.

Hari ini kalau kita lihat semua negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat mula bergolak dan semua pergolakan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat adalah di sebabkan oleh kerajaan Barisan Nasional??....Di Selangor apa yang boleh kita lihat, kerajaan Pakatan masih meletakkan diri mereka seperti pembangkang dalam kerajaan Selangor, Kerajaan PR Selangor lebih suka mencari salah pembangkang (BN) daripada ingin menjayakan visi dan misi mereka. Kerajaan PR Selangor lebih suka buat demontrasi jalanan (pelik), ini pekara yang jelas dan nyata, yang boleh rakyat Selangor dapat rasakan kepincangan dan kelemahan dalam kerajaan PR.

Allah SWT Maha Mengetahui, mungkin hari ini Allah SWT sedang menghukum rakyat Selangor, Mungkin rakyat Selagor masih lagi dalam keliru, rakyat Selangor masih keliru untuk menerima kebenaran dan kenyataan, semoga rakyat Selangor akan di berikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana Rakyat Perak.

No comments:

Post a Comment