Followers

Thursday, July 9, 2009

Nik Aziz membohongi diri sendiri dan rakyat


Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqambaca lagi

"Nik Aziz akan terus melabelkan apa sahaja bagi menyakin kan penyokong nya dan rakyat yang mana perjuangan UMNO tidak berlandaskan Islam, seperti pernah saya perjelaskan, mereka yang lemah mental dan taksub sahaja akan percaya dengan pembohongan Nik Aziz, kalau kita renungkan dan akan jelas apa sahaja yang di labelkan kepada UMNO akan berbalik kepada PAS, apabila taksubnya sehingga ada penyokong menyatakan bilamana melihat gambar Nik Aziz seperti dapat pahala. macam sama dengan penyokong arqam.

Penyokong PAS ada yang menganggap PAS itu seperti Agama kerana PAS di pimpin oleh Ulama, PAS di samakan dengan agama, kerana yang mewarisi agama dari nabi adalah ulama, yang memimpin PAS juga ulama, agama guna al-Quran dan hadith, PAS juga mengunakan al-Quran dan hadith, maka taksubnya penyokongnya, mereka mengaggapkan PAS seperti agama, malah punya lah taksub sehinggakan bagi mereka melangkah atas lambang PAS pun berdosa besar, macam pengikut Ayah Pin je.

Dalam perlembagaan UMNO perjuangan untuk Islam berada di No.3 (fasa 3.3) tetapi dalam PAS no 5 (fasa5.1) dalam perlembangaan pun Islam di tempat 5. PAS tanpa segan silu malu dan tanpa melihat dan memikirkan akibat, terus mengunakan senjata Islam untuk menentang musuh politiknya (UMNO), yang jelas dan nyatanya Nik Aziz akan terus membohongi penyokongnya dan rakyat.

No comments:

Post a Comment