Followers

Monday, July 27, 2009

Saya Pengerusi

Assalamualaikum pada semua rakan yang melayari laman blog saya, mungkin sejak kebelakangan ini blog saya tidak ada perubahan dari segi berita penulisan dan komen, untuk pengetahuan rakan rakan semua kemungkinan masa untuk saya berada di hadapan PC sepanjang masa kini amat terbatas kerana pembahagian masa. semoga saya dapat berlaku adil dalam pembahagian masa.

Walaubagaimanapun di hati kecil ini amat memberontak untuk sentiasa berada di hadapan PC sepanjang masa bagi meneruskan perjuangan di alam siber yang tiada sempadan ini, apakan daya demi masa, sesungguhnya manusia ini tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Semalam saya baru selesai mempengerusikan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan saya merasa cukup bangga kerana persidangan yang saya pengerusikan tersebut berjalan dengan lancar sehingga saya tangguhkan kepada masa untuk di pemberitahuan kelak, ini adalah persidangan yang pertama yang saya jalankan selepas pemilihan lepas dan saya sedar banyaklah kelemahan yang saya perlu belajar dari pengalaman yang pertama ini, jujor saya katakan yang mana sebelum persidangan saya banyak membaca tatacara persidangan dan segala yang berkaitan dalam persidangan sehingga kepada meminta pandangan mereka yang arif dalam persidangan.

Hari ini saya ingin berkongsi semasa peristiwa ucapan penangguhan di mana kelantangan semua perwakilan yang ingin berbahas, purata yang berbahas itu tadi mereka memberi komen komen yang negatif terhadap ketua pergerakan pemuda dan juga kepimpinan Ajknya, tidak ada satu pun pekara yang positif terhadap kepimpinan ketua pergerakan pemuda dan juga kepimpinan Ajk, sehinggakan ada perwakilan yang menulis setiap inci kesalahan dan kebaikan yang di lakukan oleh kepimpinan Pemuda Bahagian dan di rungkaikan mengikut nada kekecewaan dengan kepimpinan Pemuda Bahagian, sehinggakan ada perwakilan yang berucap itu tadi menghadiahkan al-Fatihah dengan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, bagi saya ianya adalah baik kerana surah al-Fatihah ini boleh di hadiahkan kepada siapa sahaja, kepada hidup atau yang telah meninggal dunia atau apa sahaja keadaan, cuma kita tidak tahu apakah niatnya sahaja, adakah ingin mempermainkan atau ikhlas.

Perwakilan mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dan bagi saya sememangnya inilah masanya bagi perwakilan dan ahli di peringkat akar umbi membetulkan keadaan dan saya rasa setiap kritikan itu dalah satu pekara yang positif dan pergerakan Pemuda Bahagian harus menerimanya bagi membetulkan keadaan. Sebagai manusia kita tidak akan lepas dari melakukan kesilapan, tiada teguran yang membina kita akan terasa yang kita sentiasa berada di jalan yang benar, sehingga kita tidak sedar yang mana kita banyak melakukan kesalahan dalam kita melangkah.

Sikap Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang sentiasa berterima kasih dengan setiap ktitikan adalah satu sikap yang terpuji, tetapi harapan biarlah ada tindakan, sememangnya saya tidak akan nafikan yang mana kita akan lebih suka melihat kesalahan seseorang dari melihat dari segi kebaikan dan saya tidak akan nafikan dan saya percaya semua perwakilan juga bersetuju yang mana ada juga pekara kebaikan yang di lakukan oleh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tetapi mungkin tidak jelas, memang lumrah kita sebagai manusia kita ingin melihat pekara yang jelas dan nyata kepada kebaikan tetapi tidak kepada keburokan.

Semalam Kapal Pergerakan Pemuda UMNO bahagian telah berlabuh dan kerja kerja membaikpulih telah dijalankan segala karat-karat dan sopak-sopak telah di baiki yang mana warna-warna yang pudar telah pun serikan semula, setiap ruang stor yang kosong kini telah disikan semula dengan bekalan dan hari ini kapal Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sudah mula melayari semula. saya mendoakan semoga tahun hadapan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan berlabuh semula dengan membawa satu kejayaan yang akan lebih membanggakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

No comments:

Post a Comment