Followers

Friday, September 25, 2009

PAS tidak ada Maruah

YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

" Apakah persetujuan yang telah di buat oleh pemimpin PAS dengan DAP ataupun antara PAS dengan syaitan seperti kata Nik Aziz untuk menjatuhkan saudara Islam? adakah tiada lagi sebuah negara Islam, tiada lagi hukum hudud? adakah sebuah negara islam dan hukum hudud hanya retorik bagi tujuan kempen untuk memperbodohkan penyokong fanatik dan rakyat?

Adakah Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat?.

Yang jelas hanya pemimpin PAS sahaja yang tahu apakah garisan yang di persetujui oleh mereka dengan DAP dan Syaitan bagi mendapatkan kuasa pakatan. Tetapi memandangkan senario dan peranan PAS di dalam pakatan apakah persetujuan tersebut adalah benar? kepada penyokong dan ahli PAS di peringkat akan umbi kembalilah ke pangkal perjuangan yang sebenarnya

Takbirrrrr...........

No comments:

Post a Comment