Followers

Wednesday, September 23, 2009

Jangan calonkan Isa Samad - Dr. Mahathir

18/09/2009 3:29pm


PUTRAJAYA 18 Sept.— Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calonBaca lagi

" Bagi saya bukan masaalah memerangi politik wang kerana gejala politik wang ini tidak boleh di perangi kerana beperang dengan pekara yang sudah menjadi wabak yang bermusim, penyakit politik wang ini bukan sahaja berlaku di dalam UMNO sahaja, malah semua parti, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mencegah sahaja.

Apa yang di bimbangi ialah tentang pemilihan bagi meletakan kepimpinan yang berwibawa, adakah UMNO kini betul-betul ketandusan pemimpin? atau ketandusan pemimpin yang mesra rakyat dan masyarakat? ketandusan pemimpin yang bersih cekap dan amanah?

Apakah selamanya UMNO akan berkempen unutk mempertahankan kewibawaan pemimpin sahaja? sedangkan pembangkang berkempen bagaimana hendak menjayakan negara dan membuka pekong pemimpin UMNO yang di pilih dan yang hendak di letakkan sebagai untuk bekerja kepada rakyat?

Kepada yang telah di pilih kelak cermin cerminlah diri terlebih dahulu adakah layak dari segi mental, fizikal dan segala segi, kalau terassa diri itu tidal layak maka tolaklah, jangan seronok tak tentu pasal, sekurang kurangnya bertanggongjawablah pada parti, kasihan rakan rakan yang terpaksa berkempen untuk membersihkan peribadi kita kelak.

Peyokong dan ahli sememangnya tidak kesah sekiranya siapa yang pemimpin pilih, tapi biarlah berwibawa agar mudah untuk kita berkempen, seperti sekarang ini, kesan kesan yang berlaku semasa PRK lepas, masih lagi menjadi agenda dan isu yang tidak dapat di tangkis sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment