Followers

Friday, October 2, 2009

Ugutan bunuh, Teresa minta polis segera siasat

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan segera ke atas ugutan bunuh yang diterimanya semalam.

Beliau yang juga Adun Kinrara dilaporkan sebagai berkata,ugutan bunuh tersebut dimuatkan ke dalam blognya Sassy MP pada jam 10.27 pagi semalam.

Teresa Kok yang telah di tangkap dan di masukkan kedalam ISA selama seminggu, bila keluar mempertikaikan makanan yang di hidangkan di dalam tahanan macam makanan anjing, kemudian salahkan media kerana memutar belitkan kenyataannya.

Kerajaan pula menjelaskan yang mana penahanan Teresa Kok bukan kerana beliau melakukan kesalahan tetapi atas faktor keselamatan beliau sendiri yang di katakan boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Manusia yang tidak tahu berterima kaseh kepada polis dan hari ini beliau meminta polis menyiasat ugutan bunuh terhadap beliau? sendiri cari masaalah, konon2 dah berkuasa dia ingat boleh buat apa sahaja, boleh tegur itu dan ini tanpa mengambil kira sensitiviti kaum dan agama?

Teresa Kiok tahu PAS dan PKR akan akur sahaja dengan DAP kerana lebihan kekuatan dari segala segi, maka itu lah di boleh cakap apa sahaja hatta mempertikaikan Islam, Saya bukan orang selangor, tapi selalu juga ke selangor dan sedikit sebanyak tahu juga apa yang sudah beliau lakukan sehingga menyebabkan kemarahan masyarakat Islam di kawasan beliau.

Maka kalau Teresa Kiok kena ugut memang patut pun, kata orang tak ada angin takan pokok nak goyang, mungkin beliau juga ada mengugut masyarakat Islam di kawasan beliau, kata orang lagi sarang tebuan jangan di jolok.

Tapi yang sedihnya ada juga masyarakat Melayu Selangor yang masuk DAP secara sukarela masa hari raya pula, apa lagi yang boleh kita andaikan? di Taman Mawar di beritakan ada orang Islam yang nak bertukar agama hanya kerana tidak di bantu kerana kurang kemampuan, maka harapan Ketua di sana ambillah tindakan sewajarnya.

Orang atau bangsa lain akan mengambil peluang dari kesusahan kita. PAS susah untuk berkuasa kalau mereka bersendirian justeru secara sukarela syaitan ke atau mereka yang menolak islam pun mereka pergunakan bagi mencapai matlamat, kelantangan PAS unutk perjuang kan Islam kini sudah jadi pejuang Islam pengecut bila berhadapan dengan DAP.

No comments:

Post a Comment