Followers

Monday, September 14, 2009

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'


"Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau".

Sekarang pemimpin BN banyak yang mempersalahkan gabungan daripada mencerminkan diri sendiri, ini lah yang sedang berlaku di dalam BN, tidak ada satu pun yang ada cubaan untuk menyalahkan diri sendiri.

Hipokrit itu lah yang melanda di dalam kempimpinan BN sekarang ini, 1 Malaysia bukan lah pekara yang baru, tetapi pekara lama yang sepatutnya praktikkan atau pun pekara yang di peringatkan semula oleh DS Najib selaku Pengerusi BN sebagai sebuah parti gabungan BN yang berbilang kaum.

Begitu juga dengan UMNO yang mengatakan UMNO tidak kalah semasa PRU yang lepas tapi BN yang kalah, dalam kita setia kawan kita sepatutnya tidak menyalahkan di antara satu sama apatah lagi di dalam gabungan,

Semua yang berada di dalam kumpulan tidak sepatunya menyalahkan di antara satu sama lain, kerjasama semua untuk memastikan kemenangan, walaupun posisi kita berada di tahap yang selamat, tetapi posisi rakan berada di tahap yang longgar, kita tidak akan dapat megawal gawang kita. letaklah berapa depa atau panjang sekali pun jangkauan.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN. maka untuk membuktikan kata katanya maka PRU akan datang MIC lebih molek keluar sahaja dari gabungan BN dan buktikan yang mana seperti kata Datuk Seri S Samy Vellu "Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," orang yg gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

No comments:

Post a Comment