Followers

Thursday, September 17, 2009

80% golongan muda tidak sokong BN - Daim

KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

"Tidak mempunyai pekerjaan atau golongan muda hari ini terlalu memilih pekerjaan?...cuma bersetuju dengan Tun Daim apabila beliau mengatakan kursus-kursus yang di tawarkan di institusi-institusi tidak menepati pasaran yang ada di dalam negara.

Maka dalam hal ini Menteri yang berkaitan dengan Institusi pengajian Tinggi harus membuat kaji selidik pada industri-industri di dalam negara, semoga kursus-kursus yang di berikan kepada golongan yang tersebut agar beketetapan dengan kepesatan industri di dalam negara.

Tun Daim banyak memberi komen mengenai permasaalahan di dalam UMNO dan juga dalam pentadbiran dan gabungan di dalan kerajaan BN, tetapi semua komen tersebut adalah masaalah yang sudah menjadi masaalah lapuk yang saya rasa ahli UMNO pun sudah jemu untuk membincangkannya bagai kata perumpamaan " Bagai Buluh Di Tarik Songsang"

Hari ini kita ingin lihat perubahan didalam UMNO dan kerajaan BN dan perubahan tersebut merupakan bekal bagi menghadapi PRU nanti.....

No comments:

Post a Comment