Followers

Friday, September 25, 2009

Takbir Raya Di Haramkan Di Bukit Mertajam?

Di beritakan masjid Sungai Rambai dilarang melaungkan takbir raya melebihi pukul 12malam.Sudah menjadi tradisi apabila ketibaan Syawal pada malam hari raya kita bertakbir .Inilah bahana apabila kawasan parlimen dan adunnya yang diwakili oleh DAP Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi.
baca lagi

"Di Beritakan Bukit Mertajam terletak di Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh pakatan Rakyat yang di terajui oleh DAP salah satunya parti yang perjuangannya adalah menolak Malaysia ini sebagai sebuah negera Islam, malah DAP sanggup bergadai nyawa untuk memastikan Malaysia ini tidak akan jadi sebuah negara Islam.

"Langkah Mayat saya dulu", ini lah kata keramat dari pemimpin DAP Karpal Singh kepada pemimpin PAS kerana melaungkan dan berkempen kepada penyokongnya, kononnya untuk mengubah perlembangaan negara pada masa sebelum mereka berpakat.

Maka inilah keberkatan yang PAS dapat di dalam kepakatan mereka dengan DAP dan PKR, mana pemimpin pejuang Islam yang berada di dalam pakatan yang dulunya melaungkan Islam adalah yang teratas dari segalanya?

Apa komen pemimpin PAS yang kononnya berjuang untuk menegakan syiar Islam dalam negara? yang jelas PAS hanya berjuang untuk menghancurkan dan memecahkan belahkan persaudaraan Islam dalam negara. Semoga penyokong PAS kini terbuka lah hati untuk menyaksikan kebenaran yang selama ini PAS hanyalah sebuah parti Politik yang tidak lebih kepada untuk berkuasa di dunia bukan di akhirat.

Semoga Singapura tetap menjadi iktibar buat kita di Johor dan semoga perjuangan UMNO terus kekal di Johor, harapan agar orang Islam Pulau Pinang sudah dapat pengajaran betapa pentingnya untuk mengekalkan kuasa orang orang melayu.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjukNya......

No comments:

Post a Comment