Followers

Wednesday, September 9, 2009

Sumbangan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Gambar Tuan Hj Abu Bakar Alibi, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Ketua UMNO Cawangan rumah sepuloh yang menerima sumbangan dari YB Datuk Seri dan beliau bukan peserta Sumbangan kepada Golongan Kurang Berkemampuan.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini kita menjalankan kewajipan kita sebagai orang Islam dengan pekara yang wajib iaini berpuasa dan bezakat selain amalan yang boleh di manfaatkan di bulan yang mulia ini dan salah satunya amalan adalah dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan kelolaan Biro Kebajikannya tidak melepaskan peluang di bulan yang mulia ini seperti tahun2 yang lepas menyalurkan sumbangan dengan dahulunya mengfokuskan kepada fakir miskin dan kini kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Walau apapun istilahnya tujuannya adalah sama iaitu untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bagi, sumbangan tersebut telah di sampaikan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohamamed Khaled b. Hj. Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 05/09/2009 yang lepas bertempat di hadapan perkarangan stor Biro Kebajikan Permas Jaya.

Penyerahan sumbangan pada tahun ini adalah berbeza dengan tahun sebelumnya apabila kali ini sumbangan di serahkan kepada ketua ketua UMNO Cawangan bagi di agihkan kepada penerima sumbangan bantuan, bermakna peserta tidak terlibat di dalam program penyerahan bantuan tersebut.

Saya rasa cara ini adalah yang terbaik kerana UMNO Bahagian Pasir Gudang tidak lagi menyusahkan peserta yang sememangnya susah untuk hadir malah ketua ketua Cawangan terpaksa mengadakan kenderaan bagi membawa mereka dan di maklumkan juga dahulu kehadiran peserta adalah wajib, maka yang tidak hadir di kira tidak berminat atau mampu. Maka apabila pengagihan secara terus ini kekecohan sering berlaku maka niat yang baik akan jadi sebaliknya.

Pada kali ini pendekatan yang di ambil oleh YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian adalah bijak dengan mengagihkan kepada Ketua Ketua UMNO Cawangan, maka cara kali ini Ketua Ketua UMNO Cawangan dan AJKnya akan turun padang menyerah sendiri kepada peserta bantuan untuk di agihkan secara terus kepada peserta masing masing di setiap cawangan yang bermakna semua pemimpin buat kerja dan mesra masyarakat seperti dalam ucapan YB Datuk Seri "sebagai satu pemimpin tidak kira sama ada ketua cawangan atau mana-mana ketua sekalipun haruslah menangani segala persoalan bantuan yang diminta oleh rakyat mestilah di titik beratkan".

Maka dengan cara ini juga Ketua di peringkat akar umbi lebih bersedia bagi menghadapi PRU13 akan datang dan saya berharap juga bukan sahaja bantuan sumbangan yang tersebut tetapi apa sahaja sumbangan kepada masyarakat Ketua UMNO Cawangan harus di beri keutamaan untuk sentiasa di berikan peranan, tetapi di peringkat cawangan sahaja, maka pemimpin bahagian bolehlah buat kerja yang lebih penting lagi di peringkat nasional dan harapan agar kehadiran kepimpinan Bahagian bukan satu keutamaan lagi dicawangan cawangan dan harapan tidaklah kita akan dengar pemimpin bahagian tidak turun padang kerana mesra masyarakat dan ahli yang sepatutnya di monopoli oleh pemimpin di peringkat cawangan, bersesuain dengan pesanan YB Datuk Seri juga "sayang UMNO dan jaga UMNO" sama samalah kita hayati pesanan tersebut.

No comments:

Post a Comment