Followers

Friday, September 25, 2009

PAS tidak ada Maruah

YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

" Apakah persetujuan yang telah di buat oleh pemimpin PAS dengan DAP ataupun antara PAS dengan syaitan seperti kata Nik Aziz untuk menjatuhkan saudara Islam? adakah tiada lagi sebuah negara Islam, tiada lagi hukum hudud? adakah sebuah negara islam dan hukum hudud hanya retorik bagi tujuan kempen untuk memperbodohkan penyokong fanatik dan rakyat?

Adakah Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat?.

Yang jelas hanya pemimpin PAS sahaja yang tahu apakah garisan yang di persetujui oleh mereka dengan DAP dan Syaitan bagi mendapatkan kuasa pakatan. Tetapi memandangkan senario dan peranan PAS di dalam pakatan apakah persetujuan tersebut adalah benar? kepada penyokong dan ahli PAS di peringkat akan umbi kembalilah ke pangkal perjuangan yang sebenarnya

Takbirrrrr...........

Takbir Raya Di Haramkan Di Bukit Mertajam?

Di beritakan masjid Sungai Rambai dilarang melaungkan takbir raya melebihi pukul 12malam.Sudah menjadi tradisi apabila ketibaan Syawal pada malam hari raya kita bertakbir .Inilah bahana apabila kawasan parlimen dan adunnya yang diwakili oleh DAP Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi.
baca lagi

"Di Beritakan Bukit Mertajam terletak di Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh pakatan Rakyat yang di terajui oleh DAP salah satunya parti yang perjuangannya adalah menolak Malaysia ini sebagai sebuah negera Islam, malah DAP sanggup bergadai nyawa untuk memastikan Malaysia ini tidak akan jadi sebuah negara Islam.

"Langkah Mayat saya dulu", ini lah kata keramat dari pemimpin DAP Karpal Singh kepada pemimpin PAS kerana melaungkan dan berkempen kepada penyokongnya, kononnya untuk mengubah perlembangaan negara pada masa sebelum mereka berpakat.

Maka inilah keberkatan yang PAS dapat di dalam kepakatan mereka dengan DAP dan PKR, mana pemimpin pejuang Islam yang berada di dalam pakatan yang dulunya melaungkan Islam adalah yang teratas dari segalanya?

Apa komen pemimpin PAS yang kononnya berjuang untuk menegakan syiar Islam dalam negara? yang jelas PAS hanya berjuang untuk menghancurkan dan memecahkan belahkan persaudaraan Islam dalam negara. Semoga penyokong PAS kini terbuka lah hati untuk menyaksikan kebenaran yang selama ini PAS hanyalah sebuah parti Politik yang tidak lebih kepada untuk berkuasa di dunia bukan di akhirat.

Semoga Singapura tetap menjadi iktibar buat kita di Johor dan semoga perjuangan UMNO terus kekal di Johor, harapan agar orang Islam Pulau Pinang sudah dapat pengajaran betapa pentingnya untuk mengekalkan kuasa orang orang melayu.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjukNya......

Wednesday, September 23, 2009

Dari Shah Alam ke Kulim : Komen Tok Janggut

Berkemungkinan respon dan komen saya disini maka YB Gereja Khaled telah membuat komen panjang bagi memperjelaskan isu pemindahan kuil seksyen 19 ke seksyen 23 saya juga cuba memberi komen dan respon mengenai penulisan YB gereja Khaled disini, tapi kali ini respon dan komen saya seperti di sekat atau mungkin line error.

Manusia atau pun haiwan akan melakukan apa sahaja sekiranya teperangkap atau terjerat( tak sengaja ), dalam erti kata lainnya akan melakukan apa sahaja agar terlepas dari perangkap ataupun terjerat, walaupun boleh mencederakan diri sendiri, mencederakan manusia, mencederakan rakan hatta rakan karib pun sanggup di bunuh, yang penting terlepas dari perangkap ataupun jerat.

Untuk melepaskan diri dengan membunuh rakan cuma manusia sahaja, kira kawan makan kawan, tetapi haiwan tidak seperti manusia yang sanggup membunuh sesama sendiri untuk melepaskan diri, haiwan mempunyai cara tesendiri unutk melepaskan diri tanpa membunuh rakan rakannya itu mungkin keistimewaan yang Allah SWT beri kan kepada haiwan berbeza dengan manusia Allah SWT memberi akal, terskema dengan cicak yang dapat memutuskan ekornya untuk melepaskan diri dan boleh tumbuh semula.

Begitulah dengan YB Gereja Khaled yang terpaksa menulis panjang lebar bagi melepaskan diri dengan pelbagai cara walaupun terpaksa menghalalkan bagi membetulkan cara yang konon apa yang dia lakukan adalah benar, lurus, dan menyatakan kepada penyokongnya yang mana cara yang di lakukan adalah tergolong dalam golongan orang yang berada di jalan siratul mustakiim.

semoga Allah SWT memberi petunjukNya.......

Jangan calonkan Isa Samad - Dr. Mahathir

18/09/2009 3:29pm


PUTRAJAYA 18 Sept.— Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calonBaca lagi

" Bagi saya bukan masaalah memerangi politik wang kerana gejala politik wang ini tidak boleh di perangi kerana beperang dengan pekara yang sudah menjadi wabak yang bermusim, penyakit politik wang ini bukan sahaja berlaku di dalam UMNO sahaja, malah semua parti, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mencegah sahaja.

Apa yang di bimbangi ialah tentang pemilihan bagi meletakan kepimpinan yang berwibawa, adakah UMNO kini betul-betul ketandusan pemimpin? atau ketandusan pemimpin yang mesra rakyat dan masyarakat? ketandusan pemimpin yang bersih cekap dan amanah?

Apakah selamanya UMNO akan berkempen unutk mempertahankan kewibawaan pemimpin sahaja? sedangkan pembangkang berkempen bagaimana hendak menjayakan negara dan membuka pekong pemimpin UMNO yang di pilih dan yang hendak di letakkan sebagai untuk bekerja kepada rakyat?

Kepada yang telah di pilih kelak cermin cerminlah diri terlebih dahulu adakah layak dari segi mental, fizikal dan segala segi, kalau terassa diri itu tidal layak maka tolaklah, jangan seronok tak tentu pasal, sekurang kurangnya bertanggongjawablah pada parti, kasihan rakan rakan yang terpaksa berkempen untuk membersihkan peribadi kita kelak.

Peyokong dan ahli sememangnya tidak kesah sekiranya siapa yang pemimpin pilih, tapi biarlah berwibawa agar mudah untuk kita berkempen, seperti sekarang ini, kesan kesan yang berlaku semasa PRK lepas, masih lagi menjadi agenda dan isu yang tidak dapat di tangkis sehingga hari ini.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA






Saya ingin mengambil kesempatan hari yang mulia ini memohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa, kelakuan dan cara saya yang mengiriskan yang boleh membuat marah di hati, mungkin kelemahan saya, saya juga sentiasa memohon keampunan dari Allah SWT.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang yang telah mengirimkan Kad Hari Raya kepada saya, khususnya YB Datuk Seri Mohammed Khaled b. Hj. Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian, semoga Allah merahmatkan perjuangan YB.

Dan juga tidak lupa kepada semua rakan rakan seperjuangan dan rakan rakan Blogger SELAMAT HARI RAYA.

Thursday, September 17, 2009

Tunggu Apa Lagi?

Kenapa tidak di ambil tindakan di bawah akta hasutan yang boleh kepada membuat rusuhan kaum? adakah peguam negara akan mempercepatkan kertas siasatan seperti mana yang berlaku pada 12 orang yang berarak membawa kepala lembu yang kita tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati dan perasaan orang yang terbabit adakah menghina agama hindu atau cubaan nak menterjemahkan kebodohan pemimpin PR di Selangor?

Tetapi kes ini terang terang berlaku secara individu semasa Perhimpunan MIC perwakilan dari Pahang, M. Sukumaran yang mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk NGO Islam dan orang2 melayu.

Kalau orang India atau Cina kecam cepat sahaja Peguam negara buat kertas siasatan apa nak jadi dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat mana yang di dahulukan?
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya.

"Apa lagi lah yang hendak di putar belitkan lagi oleh brother kita ni dari tuduhan liwat yang di hadapi sekarang ni? bermacam macam alasan untuk melengahkan perbicaraan liwatnya, mana perginya istilah berani kerana benar atau sememangnya brother anwar betul betul melakukan pekara liwat ni maka takut kerana benar?

Dua orang penguam anwar yang boleh di katakan arif tentang agama telah menarik diri? adakah mereka telah nampak atau merasakan ada bukti kukuh yang brother anwar sememangnya melakukan liwat terhadap saiful dan mereka tidak mahu terlibat dengan dosa yang di lakukan oleh anwar?

Saya rasa rakyat ingin melihat di mana kesudahannya kes anwar ini, rakyat sabar menanti dan melihat permainan kotor beliau, pelbagai usaha di lakukan bagi menunjukkan kebenarannya, malah di politikkan di dalam dan di luar negara, malah kalau kita lihat hari ini makamah seperti di kuasai oleh pembangkang.

peguam negara nampaknya semakin lemah atau terlampau banyak sangat isu yang boleh di manupulasikan oleh anwar kot, mungkin peguam negara dah lama sangat,biasalah manusia kalau dah terlampau lama ini semakin banyak kelemahan, istilahnya dah tepu sangat, maka cadangan tukar sahaja peguam negara baru yang berwibawa dan bersesuaian dengan zaman yang semakin mencabar kini bukan mereka yang takut dengan pembangkang serta bersih.

80% golongan muda tidak sokong BN - Daim

KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

"Tidak mempunyai pekerjaan atau golongan muda hari ini terlalu memilih pekerjaan?...cuma bersetuju dengan Tun Daim apabila beliau mengatakan kursus-kursus yang di tawarkan di institusi-institusi tidak menepati pasaran yang ada di dalam negara.

Maka dalam hal ini Menteri yang berkaitan dengan Institusi pengajian Tinggi harus membuat kaji selidik pada industri-industri di dalam negara, semoga kursus-kursus yang di berikan kepada golongan yang tersebut agar beketetapan dengan kepesatan industri di dalam negara.

Tun Daim banyak memberi komen mengenai permasaalahan di dalam UMNO dan juga dalam pentadbiran dan gabungan di dalan kerajaan BN, tetapi semua komen tersebut adalah masaalah yang sudah menjadi masaalah lapuk yang saya rasa ahli UMNO pun sudah jemu untuk membincangkannya bagai kata perumpamaan " Bagai Buluh Di Tarik Songsang"

Hari ini kita ingin lihat perubahan didalam UMNO dan kerajaan BN dan perubahan tersebut merupakan bekal bagi menghadapi PRU nanti.....

Monday, September 14, 2009

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'


"Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau".

Sekarang pemimpin BN banyak yang mempersalahkan gabungan daripada mencerminkan diri sendiri, ini lah yang sedang berlaku di dalam BN, tidak ada satu pun yang ada cubaan untuk menyalahkan diri sendiri.

Hipokrit itu lah yang melanda di dalam kempimpinan BN sekarang ini, 1 Malaysia bukan lah pekara yang baru, tetapi pekara lama yang sepatutnya praktikkan atau pun pekara yang di peringatkan semula oleh DS Najib selaku Pengerusi BN sebagai sebuah parti gabungan BN yang berbilang kaum.

Begitu juga dengan UMNO yang mengatakan UMNO tidak kalah semasa PRU yang lepas tapi BN yang kalah, dalam kita setia kawan kita sepatutnya tidak menyalahkan di antara satu sama apatah lagi di dalam gabungan,

Semua yang berada di dalam kumpulan tidak sepatunya menyalahkan di antara satu sama lain, kerjasama semua untuk memastikan kemenangan, walaupun posisi kita berada di tahap yang selamat, tetapi posisi rakan berada di tahap yang longgar, kita tidak akan dapat megawal gawang kita. letaklah berapa depa atau panjang sekali pun jangkauan.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN. maka untuk membuktikan kata katanya maka PRU akan datang MIC lebih molek keluar sahaja dari gabungan BN dan buktikan yang mana seperti kata Datuk Seri S Samy Vellu "Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," orang yg gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Thursday, September 10, 2009

SIAPA BACUL?

Ada otak tak pakai. Ada serban pakai tapi bila soal hendak membela umat Islam, mereka bacul. Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali sekali lagi membuat kenyataan yang boleh dikatakan boleh menimbulkan kontroversi.

1. Ada puak yang memiliki kuasa tetapi tidak mahu mempertahankan agama Allah.

2. Bacul dan bukan pemimpin yang boleh diharap.

Siapa orang yang dikatakan tidak mempertahankan agama Allah? Buat apa hendak pertahankan agama Allah sebab agama Allah ada macam-macam seperti Kristian, Hindhu dan Islam. Nik Aziz pun pernah kata begitu.

Yang mana satu agama Allah sekiranya Cina yang makan babi dan tak sembelih kepala 'kote' pun boleh baca al-Quran!!! Baca sahaja tak apa, tetapi baca dan terjemah untuk menghina orang di hadapan orang Islam. Siapa yang tidak pertahankan Islam?

Itu tak apa. Bila ada ulama memberi pendapat berbeza dengan fahaman politik, ada yang gelarnya pelacur politik. Kalau dahulu hina ulama pun boleh masuk neraka dan apa yang diperkatakan oleh ulama seperti 'lidah' Rasulullah s.a.w, kini ulama sudah jadi pelacur.

Pelacur sehina-hina manusia kerana boleh merosakkan generasi wanita. Tetapi ada juga orang cari pelacur sebab ingin menikmati keseronokan walaupun mengetahui akibat dan kesan-kesan termasuklah terkena penyakit HIV. Sama juga dalam politik, PAS sanggup melacurkan diri kepada DAP semata-mata mahukan 'keseronokan' mentadbir Perak. Kita lupa pasal itu.

Sumber dari Abg Mie

NAJIB DAN SHAFIE AFDAL LAYAN MELAYU PEMIMJAM MARA MACAM PARIA???...

Pagi tadi beberapa peniaga melayu termasuk aku berkumpul di pejabat MARA selangor. tak ramai pun sekitar 4 orang je. tujuan kami datang ke pejabat MARA pasal nak tanya pasal status pinjaman perniagaan kami.

jawapannya daripada pegawai MARA, duit takde. memandangkan ini bulan poasa, kami berempat lepak sekejap kat tasik shah alam bagi sesi luah perasaan.

seorang kawan gap kata dia nak pinjam ah long pasal MARA dan tekun pun bagi jawapan yang sama. kami pesan kat dia, banyakkan sabar walaupun nasihat tu memang bunyinya macam sial.

tadi aku bawak paper. najib declare beri saguhati kepada 800 ribu lebih penjawat awam sempena raya dan musim persekolahan baru. TOTAL WANG YANG DIBERI PERCUMA TANPA BAYAR BALIK ITU berlegar sekitar RM 430 juta.

aku pandang muka 3 kawan aku, depa pandang muka aku. aku kata kita peminjam MARA ni paria melayu kot atau peniaga melayu kategori bangsat. aku cakap kat kawan aku, KITA BUAT PINJAMAN BUKAN NAK FREE, SIAP INTEREST 4 % LAGI.

dah setahun kita tunggu,merayu bergolok bergadai pertahan kan punca sember rezeki. sorang kawan aku buang bodoh RM45K pasal mengharap buah yang tak gugur. dia nak pinjam MARA sebanyak RM 100K, loan apply december 2008. sementara nak tunggu lulus loan MARA, dia buat loan bank. sampai hari ni MARA tak dapat. hutang free je kat bank.

tapi najib dan shafie apdal buat bodoh dan pekakkan telinga. adakah rakyat malaysia ini dalam perkiraan najib dan shafie apdal, orang felda dan government sahaja ? yang kamu tatang bagai minyak yang penuh.

takde ribut dan taufan, tiba-tiba najib boleh bagi press statement bagi free penjawat awam RM430 juta. najib oh najib, kami peminjam MARA tak minta free la wahai hero 1 malaysia. kami bayar balik, ulang kami bayar balik siap dengan interest.

3 hari najib jadi PM, dia buat liberalisasi ekonomi. kementerian pembangunan usahawan (MECD) di bubarkan. kononnya nak amik hati cina. tapi sayang cina dari prk kuala trengganu sampai permatang pasir terang-terang menipu najib.

hak peniaga melayu dijadikan barang cagaran tapi sayang ia tak disambut. najib dan shafie apdal, apa lah masalah besar sangat ni sampai MARA ni tak boleh settle-settle lagi ? please la wahai dato perdana menteri dan dato menteri, kami tahu kamu tiada punyai masalah kewangan tapi janganlah kerana leka hidup senang tu, kamu lupakan masalah beratus peniaga melayu yang meminjam loan MARA ni ? kami pun ada anak bini jugak wahai dato seri 1 malaysia.

jangan lah buat tak tahu wahai dato-dato sekalian ?! tolonglah percepatkan kelulusan dan penyaluran pinjaman MARA kami dato, peniaga melayu yang dato layan macam paria ni !?

1 malaysia, cina,india dan staf government didahulukan, peminjam mara digampangkan.
Baca komen disini
...........
Macam sama dengan peristiwa Moein.....fikirlah sendiri

Wednesday, September 9, 2009

Sumbangan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Gambar Tuan Hj Abu Bakar Alibi, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Ketua UMNO Cawangan rumah sepuloh yang menerima sumbangan dari YB Datuk Seri dan beliau bukan peserta Sumbangan kepada Golongan Kurang Berkemampuan.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini kita menjalankan kewajipan kita sebagai orang Islam dengan pekara yang wajib iaini berpuasa dan bezakat selain amalan yang boleh di manfaatkan di bulan yang mulia ini dan salah satunya amalan adalah dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan kelolaan Biro Kebajikannya tidak melepaskan peluang di bulan yang mulia ini seperti tahun2 yang lepas menyalurkan sumbangan dengan dahulunya mengfokuskan kepada fakir miskin dan kini kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Walau apapun istilahnya tujuannya adalah sama iaitu untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bagi, sumbangan tersebut telah di sampaikan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohamamed Khaled b. Hj. Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 05/09/2009 yang lepas bertempat di hadapan perkarangan stor Biro Kebajikan Permas Jaya.

Penyerahan sumbangan pada tahun ini adalah berbeza dengan tahun sebelumnya apabila kali ini sumbangan di serahkan kepada ketua ketua UMNO Cawangan bagi di agihkan kepada penerima sumbangan bantuan, bermakna peserta tidak terlibat di dalam program penyerahan bantuan tersebut.

Saya rasa cara ini adalah yang terbaik kerana UMNO Bahagian Pasir Gudang tidak lagi menyusahkan peserta yang sememangnya susah untuk hadir malah ketua ketua Cawangan terpaksa mengadakan kenderaan bagi membawa mereka dan di maklumkan juga dahulu kehadiran peserta adalah wajib, maka yang tidak hadir di kira tidak berminat atau mampu. Maka apabila pengagihan secara terus ini kekecohan sering berlaku maka niat yang baik akan jadi sebaliknya.

Pada kali ini pendekatan yang di ambil oleh YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian adalah bijak dengan mengagihkan kepada Ketua Ketua UMNO Cawangan, maka cara kali ini Ketua Ketua UMNO Cawangan dan AJKnya akan turun padang menyerah sendiri kepada peserta bantuan untuk di agihkan secara terus kepada peserta masing masing di setiap cawangan yang bermakna semua pemimpin buat kerja dan mesra masyarakat seperti dalam ucapan YB Datuk Seri "sebagai satu pemimpin tidak kira sama ada ketua cawangan atau mana-mana ketua sekalipun haruslah menangani segala persoalan bantuan yang diminta oleh rakyat mestilah di titik beratkan".

Maka dengan cara ini juga Ketua di peringkat akar umbi lebih bersedia bagi menghadapi PRU13 akan datang dan saya berharap juga bukan sahaja bantuan sumbangan yang tersebut tetapi apa sahaja sumbangan kepada masyarakat Ketua UMNO Cawangan harus di beri keutamaan untuk sentiasa di berikan peranan, tetapi di peringkat cawangan sahaja, maka pemimpin bahagian bolehlah buat kerja yang lebih penting lagi di peringkat nasional dan harapan agar kehadiran kepimpinan Bahagian bukan satu keutamaan lagi dicawangan cawangan dan harapan tidaklah kita akan dengar pemimpin bahagian tidak turun padang kerana mesra masyarakat dan ahli yang sepatutnya di monopoli oleh pemimpin di peringkat cawangan, bersesuain dengan pesanan YB Datuk Seri juga "sayang UMNO dan jaga UMNO" sama samalah kita hayati pesanan tersebut.

LAGI CERITA SANG LEMBU

Sang Lembu merenung masa depannya yang terjamin keselamatannya dalam negeri Selangor Darul Takbeer dengan kawalan rapi anggota keselamatan lengkap bersenjata

Salam 2 all.

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.
Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.
Teruskan membaca di sini
tulisan Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18

KEMANA HILANGNYA TELOR PEGUAM NEGARA???


MANGKUK SEBELAH NI PEGUAM NEGARA...
NAMA DIA ABDUL GHANI PATAIL
NTAH JAWA MANA NTAH...

PAGI TADI 12 ORANG PENDUDUK ISLAM SEKSYEN 23 DIKENAKAN TINDAKAN DIMAHKAMAH KERANA MEMPERTAHANKAN ISLAM
"PADAN MUKA 12 ORANG ITU"

AKU HERAN KERTAS SIASATAN SELESAI DALAM MASA SEMINGGU..
BILA KES ORANG MELAYU ATAU ORANG ISLAM BUAT HAL SEKEJAP JE KERTAS SIASATAN SIAP BILA ISLAM DAN MELAYU DIHINA OLEH KAUM LAIN BUKAN MAIN LAMA LAGI KERTAS SIASATAN TU NAK SIAP... SYABAS PEGUAM NEGARA KERENA PRIHATIN TAPI YG MENJADI KEMUSKILAN KENAPA MESTI ISLAM YG DIUTAMAKAN BILA NAK DIKENAKAN SESUATU HUKUMAN???
KHALID SAMAD DAN RODZIAH ISMAIL MELALAK SUPAYA I.S.A DIKENAKAN PADA 12 ORANG ITU!!!JADI AKU CABAR PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA MENGUTUK KHALID SAMAD DAN RODZIAH KERENA MENYOKONG ISA...
TAU PUN MANGKUK DIATAS PASAL ISA MASIH DIPERLUKAN
YG DIAORANG PERGI BERDEMO SAMPAI KUALA LUMPR MENJADI LUMPUH TEMPOH HARI TU KENAPA?

BERBALIK PADA GANI PATAIL
ISU NYA MUDAH
ANDA KENAL NAWAWEE ???
PELAJAR CINA DARI MUAR YG MENGUBAH LAGU NEGARA KU?
BUDAKCINA TU PUN DAN PULANG KEMALAYSIA, SIAP BUAT RAOD TOUR KONSERT RAP DIA
ADA GANI PATAIL AMBIL TINDAKAN???
ANDA SEMUA DAH TGK LAGU NEGARAKU YG DI UBAH ITU?
BUKA YOU TUBE DAN DGR
ANTARA AYAT YG DIKELUARKAN "BUNYI AZAN SUBUH SAMA MACAM BUNYI AYAM BERKOKOK WAKTU PAGI"
ADAKAH ITU BUKAN PERKAUMAN???APAKAH GANI PATAIL TAK PERNAH DGR AZAN SUBUH?>
1 RAMADHAN LALU SEBUAH MASJID DI KAPAR TELAH DICAMPAKAN SEEKOR BANGKAI BABI DI HADAPAN PINTU MASJID
ADA GANI PATAIL NAK BUKA KERTAS SIASATAN??
ADA PEGUAM NEGARA MELAYU
TAPI TAK BELA MELAYU
ADA KETUA POLIS MELAYU
TAK BELA MELAYU
ADA KETUA PEMUDA MELAYU
TAPI TAK BELA MELAYU
ADA PARTI MELAYU
TAPI TAKBELA MELAYU
ADA MENTERI MELAYU
TAPI WAT TAKTAU PADA MELAYU
ADA PEDANA MENTERI MELAYU
MACAM TAK TAHU ADA MELAYU

APA LAH NAK JADI PADAMELAYU 10 TAHUN LAGI???
1 MALAYSIA
MELAYU DIPINGGIRKAN,CINA INDIA JADI KEUTAMAAN

RENUNGKAN2LAH
SELAMAT BERAMAL...

Sumber dari KERIS PUTERA

Moein senyum je.....Fikirlah sendiri

Tuesday, September 8, 2009

Malaysia ini bukan Melayu Yang Punya



Kita sanggup mengadaikan dan menjual maruah kita, hak kita, demi untuk mencapaikan matlamat dan cita cita kita, kemana hala tuju selepas in? kalau ini lah orang yang akan memerintah negara, alamat porak perandalah orang2 melayu di Malaysia.

Kenyataan beliau ini semua bukan atas dasar perjuangan untuk rakyat, kita boleh nampak dengan jelas semuanya ini adalah perjuangan individu, atas dasar dendam, iri hati dan dengki.

Thursday, September 3, 2009

Kota Siputeh: PAS tolak keputusan SPR

PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.
baca lagi

Tidak kita nafikan sepanjang 7 PRK yang lepas PAS dan parti pembangkang yang telah menang setiap kerusi yang di pertandingkan dan BN hanya menang 1, atas senario yang tersebut maka meraka mulai merasakan ianya adalah seperti tiket bagi mereka untuk merasakan begitu angkuh dan sombong sehinggakan tidak menghormati dengan keputusan yang telah di buat oleh mereka yang sepatutnya mengisytiharkan (SPR) setiap kali akan di adakan PRK.

Malah mereka tidak menghormati kepada ADUN Kota Siputeh yang masih sehat waalfiat, bukan seperti ADUN ADUN mereka yang kebanyakannya adalah daripada jenis yang putus darah dan yang jenis mempunyai rekod hospital yang tidak baik, kalau kita selidik kebanyakan PRK yang berlaku adalah sebab dari tidak panjang umor dan perletakan jawatan dari parti pembangkang khususnya PAS dan PKR dan nyaris nyaris dari parti DAP di pulau pinang yang bernazar, nasib baik Lim Guan Eng melayani mereka kalau tidak satu lagi PRK kecil akan berlaku di Pulau Pinang.

Maka kebanyakannya PRK ini membabit parti pembangkang berpeluh peluh mempertahankan kerusi dan BN hanya dapat mengurangkan pengundi mereka sahaja dan itu pun dah kira kemenangan buat BN, maka kepada Parti PAS, jangan lah angkuh dan sombong sangat, Allah SWT tidak suka dengan hambaNya yang bersikap angkuh dan sombong.

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS

Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.Baca lagi

Masyarakat bukan Islam ingin tahu hak mereka, atau yang lebih tepat apa yang mereka dapat atau apa yang PAS boleh beri pada mereka?....takan lah Masihdol Am PAS Nik Aziz nak berikan atau menjanjikan syurga kepada ahli PAS yang bukan beragama Islam itu nanti, tapi adakah kerana politik Masihdol Am PAS sanggup menjanjikan Syurga kepada mereka?

Atau adakah PAS akan mengubal struktur perlembagaan mereka yang kononnya untuk memperjuangkan Islam sebagai landasan parti yang paling utama dalam perjuagan mereka? tapi saya percaya demi kuasa dunia PAS akan melakukan, hari ini pun kalau kita lihat perjuangan asal mereka pun dah di ketepikan hanya kerana inginkan kuasa. apa sangat lah perlembangaan PAS? kalau nak gubalkan ke atau pun tidak, bukan ada menfaat pun, perlembangaan yang bukan pun boleh untuk mengubah peta dunia atau sejarah.

Kalau ada sejarah sekalipun hanya lah tertulis PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam kononnya kini bergabung dengan sebuah parti yang terang terang menolak Islam ( DAP ) dan PKR unutk membentuk sebuah kerajaan campuran macam rojak dengan nama Pakatan Rakyat bagi menwujudkan sebuah negara republikan.