Followers

Tuesday, December 15, 2009

Usaha Daftar Ahli UMNO Sebagai Pengundi Perlu Disegerakan....2002

Bolehkah ini di cakap penyakit, wabak atau sekiranya di dalam sistem ianya di panggil virus? tetapi di dalam UMNO khususnya di peringkat pengurusan pentadbiran ianya sudah seperti menjadi penyakit barah yang tidak dapat di obati.

Yang peliknya penyakit ini di akui sendiri oleh pihak kepimpinan pusat, malah saya sendiri pernah terdengar ada ura ura untuk mengswastakan pengurusan pentadbiran khususnya dalam bahagian pendaftaran ahli umno yang baru.

"Usaha Daftar Ahli UMNO Sebagai Pengundi Perlu Disegerakan" tajuk berita pada 2002 dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa tersebut berkata "Kita sehingga ke hari ini mengadapi masalah berkenaan dengan pendaftaran ahli baru yang adakalanya begitu lewat di proses" ini kata-kata beliau tahun 2002 tetapi masaalah pendaftaran UMNO ini sebelum dan sebelum lagi.

Dimana silapnya apabila setiap kali menysuarat atau persidangan UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian dan mungkin hingga ke pusat masaalah pendaftaran ahli acap kali di perbincangkan, malah di maklumkan juga pendaftaran ini juga boleh di jadikan senjata dalam perebutan kuasa di peringkat cawangan, sebagai contoh ketua cawangan boleh tidak atau melambatkan mendaftarkan ahli UMNO bila pada fikiran mereka boleh mengugatkan kedudukan tempat sebagai ketua cawangan...betul ke?

Malah ada juga cawangan tidak menjalankan amanah mereka dengan tidak menyerahkan kan borang yang sudah di proses sehingga di maklumkan ada cawangan yang sudah bertukar ketua cawangan borang kehalian yang telah sempurna masih berada di dalam pejabat atau di dalam kotak di cawangan dan begitu juga di maklumkan Bahagian dan juga sehinggalah kepada pengurusan pentadbiran di peringkat pusat juga melakukan pekara yang sama?

tetapi inilah senario yang kini menjadi barah di dalam UMNO, di mana silapnya? kalau kita lihat sistem untuk menjadi keahlian UMNO on line pun masaalah juga, malah untuk mengkemas kini ahli di on line pun sistem ada problem.

"Untuk menjadi ahli pembangkang sangat mudah, dudok di kedai kopi isi borang, tak payah nak banyak birokrasi, lepas isi borang salam tangan macam akad nikah dah jadi ahli dah" ini kata-kata ahli yang kecewa dengan sistem pendaftaran UMNO, di mana silapnya?...persoaalan?

Ini bukan pekara baru tetapi terlampau dan amat-amat lama, masaalah ini dari saya masih pemuda lagi dan saya percaya sebelum saya pemuda lagi. Apa pendekatan pengurusan pentadbiran UMNO pusat untuk mengatasi masaalah ini? hanya kata-kata menyakin kan ahli, hujung-hujung tidak ada perubahan.

Sehinggakan untuk memaklumkan yang mana tahun ini atau mungkin seterusnya keahlian tidak perlu membayar yuran pun lambat, sekejap kata bayar sekejap kata tidak, malah ada cawangan sudah bayar di pulangkan semula, saya di maklumkan warta untuk pekara ini telah di luluskan perlembangaan di peringkat mesyuarat pusat lama sudah, tetapi untuk sampai ke peringkat bahagian sehingga cawangan memakan masa yang lama, kalau berperang pasti kami di hadapan sudah berkubor dulu. kalau nak salah kan komunikasi sekarang semua dah canggih, tetapi kenapa lewat?....persoaalan?

Maka kepada pihak pengurusan di peringkat pusat agar dapat mengambil berat mengenai permasaalahan ini yang telah lama berlarutan, sampai bila nak selesaikan masaalah pendaftaran ahli lama yang tertunggak bukan ahli baru tetapi ahli lama yang masih tidak di daftarkan sebagai ahli UMNO.

No comments:

Post a Comment