Followers

Wednesday, December 9, 2009

Tarik balik kenyataan dalam dua minggu

SHAH ALAM 8 Dis. - Badan Bertindak Penyatuan Ummah (BBPU) hari ini mendesak Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran segera ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat dengan terus mempersoalkan isu ketuanan Melayu.
baca lagi



Kata dua Ibrahim Sabri yang merupakan pengerusi BBPU kepada Kulasegaran untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang telah dibuatnya berhubung ketuanan Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. beliau juga sudah membuat 19 laporan terhadap kenyataan Kulasegaran yang boleh mencetuskan atau berbaur perkaumaman dan beliau juga mengatakan yang mana 100 lagi laporan polis akan di buat.



Komen saya disini ialah beliau (Ibrahim Sabri ) dan beberapa ahli BBPU merupakan kumpulan yang akan dibicarakan berhubung insiden perarakan kepala lembu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Ogos lalu, hadir di Mahkamah Shah Alam di sini untuk mendengar penetapan tarikh bicara kes tersebut.

Persoaalan saya disini adalah di mana Pemuda UMNO dalam isu yang di bangkit kan oleh Kulsegaran yang mempertikaikan ketuanan melayu dan hak keistimewaan orang melayu, sudah hampir seminggu lebih isu ini di mainkan tapi tidak ada satu pun Pemuda khususnya pemuda Bahagian yang bangkit bangun untuk menentang seperti apa yang di lakukan oleh sdr Ibrahim Sabri.

Hari ini kalau kita lihat di dalam blogger blogger yang menyokong kerajaan banyak menghentam kepimpinan Pemuda hari ini yang lemah dan lesu di pengkat Bahagian mahu pun Pusat. Saya berharap agar pemuda lebih agresif dalam menagani isu isu semasa dan menjadi tugas yang berat bagi pemuda untuk PRU yang datang kerana kita sedia maklum pada PRU yang lepas kita merosot dengan pengundi pemuda.

Mengambil kata-kata dari rakan blogger, katanya ikan akan busok bermula dari kepala. maka fikir-fikirkan lah slogan "Minda Kelas Pertama" yang di laungkan Pemuda.

No comments:

Post a Comment