Followers

Tuesday, December 15, 2009

PAS akan lancar kempen UMNO pengkhianat Bangsa

PAS telah melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 lepas kononnya bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam, umum ketua penerangan PAS

Saya adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang ada di bumi bertuah Malaysia ini Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada saya dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang melayu kita mana yang masih ada dan yang telah pergi meninggalkan kita yang telah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan damai.

Sikap orang melayu dari dulu sampai sekarang memang terkenal dengan hasad dan dengki, tak boleh melihat saudara melayu berjaya sikit, ada sahaja tomahan dan fitnah yang di lemparkan, bukan tahu nak bersyukur apatah lagi niat nak memuji, malah sumpah seranah pula.

Kalau di bidang perniagaan makanan, melayu amat teserlah hasad dan dengki nya, kalau di lihat sipolan maju dengan ramai pelangan maka sipolan yang sebelah yang kurang pelangan akan mula mengeluarkan kan kenyataan yang sipolan yang berjaya itu mengunakan bomoh bagi memastikan perniagaannya berjaya.



Saya pernah mentarbiahkan rakan peniaga yang mengalamai pengalaman yang sama mengeluh dalam perniagaan makanan kerana kurang pelangan berbanding peniaga yang ada di deret-deret bersebelahan beliau, saya berkata bukan di bomoh, tetapi peniaga yang ramai pelangan itu mempunyai pelbagai jenis makanan yang di hidangkan berbanding rakan saya, maka pelangan lebih suka ketempat yang pelbagai makanan yang di sajikan kerana banyak pilihan

Didalam politik pun orang melayu sama sahaja, hari ini PAS mahu melancarkan kempen UMNO pengkhianat bangsa kerana sikap hasad dan dengki kerana melihat kejayaan UMNO itu sahaja, kejayaan UMNO yang ada pelbagai misi dan visi untuk memastikan kejayaan Bangsa agama dan negara, kejayaan UMNO yang mempunyai pelbagai hidangan masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang yang di sajikan kepada rakyat dan kini UMNO telah menghidangkan lagi satu rezepi baru 1 Malaysia rakyat di utamakan dan pencapaian di dahulukan

PAS masih dengan Visi lapuknya, Misi lapuknya, Agenda lapuknya dengan perjuangan kononnya bersama Islam bagi mempermainkan perasaan orang-orang Islam, hari ini PAS terpaksa mengkafirkan perjuagan mereka demi untuk berkuasa bersama-sama dengan orang kafir, dulu PAS kata orang UMNO kafir kerana berjuang bersama orang kafir, tetapi yang lagi teruk lagi hari ini demi untuk mengkuborkan orang melayu, PAS sanggup berkawan dengan syaitan

No comments:

Post a Comment