Followers

Wednesday, December 9, 2009

'Biadap' wakil DAP persoal dana untuk masjid

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan anggota parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadap dan cuba menyalakan api dalam sekam apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih kepada rumah ibadat bukan Islam.

Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata Nga daripada DAP telah menyentuh hal ehwal agama Islam yang terletak bawah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
"Dia boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

komen saya Nasib baik lah ada yang perasaan dan perihatin pada pekara-pekara yang menyentuh soal Islam dan Melayu oleh mereka-mereka yang bukan melayu bukan sebab perkauman tetapi mereka harus menghormati perlembagaan dasar-dasa yang telah di persetujui agar tidak menyentuh Islam sebagai agama rasmi negara.

Ibrahim berkata lagi tiada sesiapa pun yang berhak membangkitkan soal perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membina masjid walaupun dengan tujuan untuk meminta peruntukan yang lebih bagi aktiviti agama lain.Perkasa akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu

persoalannya seperti biasa, kempimpinan UMNO sepi begitu juga dengan pergerakan-pergerakan yang lain macam tak peka?

No comments:

Post a Comment