Followers

Tuesday, December 22, 2009

66 berbanding 63

Sesuatu pekara yang baru dalam sepanjang saya berada di dalam politik, bagaimana desperatednya sesuatu keadaan, saya di peringkat akar umbi bertungkuslumus untuk memastikan kemenangan parti sehingga sanggup memanjat di tempat yang tinggi untuk meletak kan sesuatu yang saya banggakan bagi di perlihatkan kepada rakyat bahawa ini lah kerajaan yang harus kita dokong dan ini lah muka pemimpin yang harus kita undi, pemimpin yang akan membela nasib rakyat selain untuk memenangkan parti unutk memerintah Negara tercinta.

Tetapi saya tersentak dengan pekara 66 berbanding 63 di dalam parlimen angka undian pembentangan budget, 66 BN dan 63 PR satu angka yang begitu punya kecil dalam sejarah pembentangan budget yang mana sekiranya angka tersebut berpusing maka akan berlaku lah suatu suasana yang tidak kita bayangkan selama ini yang berkemungkinan boleh di katakan bertukar kerajaan.

Adakah pekara ini di biarkan sewenag-wenangnya tanpa perlu di ambil tindakan dan surat tunjuk sebab bagi saya ini adalah serius dan amat serius satu suasana yang cukup trajis, kita boleh lagi terima jikalau pemimpin itu tidak hadir di program kawasan beliau sepanjang masa, kita boleh terima sekiranya pemimpin tersebut tidak hadir di bahagian beliau, sibuk sangat ke AP kita ni? Sehinggakan PM buat pembentangan pun tak boleh berada bersama sama.

Kalau ketua cawangan bersikap seperti itu tidak hadir setiap kali program pemimpin bahagian saya percaya ketua cawangan terbabit akan di pulaukan , segala peruntokan yang di minta pasti di lengah lengah kan akan atau tidak di beri terus pun ada.

Berbalik kepada 66 berbanding 63, jangan bagi rakyat terkecewa, jangan bagi rakyat terasa seperti terkilan, jangan bagi rakyat terfikir betapa pemimpin tidak tahu menghargai undi yang telah di berikan kepada mereka, jangan pemimpin beri alasan yang tidak munasabah kerana bagi saya apabila sudah menjadi pemimpin khususnya pemimpin teratas kita tidak mempunyai alasan hatta kalau nyawa jadi taruhan

Alfatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Mat Mazlan bin Abu Ketua pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

No comments:

Post a Comment