Followers

Thursday, December 3, 2009

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI











Pemuda PAS, PKR tidak sehaluan

Dewan Pemuda PAS mempertahankan tindakan pemimpinnya membuat laporan polis agar mengambil tindakan menghalang demonstrasi tetapi Angkatan Muda PKR pula tidak bersetuju dengan sikap sedemikian.Baca laporan di sini

Demontrasi Jalanan sudah menjadi trend kepada PAS dan PKR untuk menarik minat masyarakat terhadap perjuangan mereka, tujuan demo jalanan itu selain daripada untuk menunjukkan sesuattu ia juga boleh di gunakan untuk menakutkan rakyat dan dunia yang mana kononnya kerajaan yang sedia ada tidak stabil maka rakyat akan menyokong mereka dan dengan berjayanya mereka maka negara akan jadi stabil dan demontrasi jalanan akan terhenti.

Tetapi mereka silap dan mereka tidak terfikir yang mana apa yang mereka lakukan kini akan menjadi budaya di dalam politik negara dan apa yang mereka fikirkan kononnya tidak ada lagi selepas mereka adalah silap, Di Kelantan dan Pulau Pinang satu Demontrasi yg telah di anjurkan oleh badan-badan NGO dan Politik telah di adakan bagi mendesak kerana tidak puas hati dengan setiap kerajaan Negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat ( PAS, PKR dan DAP) dan yang menjadi tanda tanya kenapa mereka pula hendak membuat lapuran polis terhadap budaya yang mereka sendiri pelopori.

Kepada rakyat dan masyarakat khususnya di Parlimen Pasir Gudang agar dapat mengelak kan lah diri kita dari mengamalkan budaya mengadakan Demontrasi jalanan, kita percaya pemimpin sentiasa akan mendengar dan memberi prhatian setiap masaalah yang di hadapi oleh rakyat dan mana yang boleh di selesaikan kita bersyukur maka mana yang tidak kita besabar dan hadapi lah dengan kenyataan dan menerima seadanya tidak ada pemimpin yang akan melihat rakyatnya menghadapi masaalah dan musibah.

Saya percaya dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan akan mengikis budaya Demontrasi yang di pelopori oleh Pemuda PAS dan PKR yang ternyata boleh menjejaskan negera dan hari ini mereka pula dalam ketakutan dengan budaya yang mereka cipta sendiri

No comments:

Post a Comment