Followers

Thursday, December 3, 2009

Setiap Detik, Setiap Saat Hanya Berkempen

Dalam pilihanraya ke-12 yang lepas kita dapat menyaksi satu fenomena yang merubahkan peta kuasa di dalam negara. Kelantan yang menyaksikan Umno mempunyai 22 buah kerusi menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi dan terus mengekalkan kuasa mutlak PAS selain empat buah negeri yang dikuasai oleh parti antara PAS, PKR dan DAP dan mereka membuat gabungan sebagai parti Pakatan Rakyat.

Mungkin kerana beberapa kesilapan yang di lakukan oleh pemimpin Umno sendiri Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan. selain membuka pekong sendiri sebelum pilihanraya kerana untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya ingin membersihkan ahli daripada rasuah maka Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen dan menunjukan terang-terang Umno memang terlibat dengan rasuah dalaman dan ini membuat rakyat dan ahli sendiri merasa jijik. Tetapi semuanya sudah berlalu dengan kesan yang mendalam, kempimpinan tertinggi UMNO maklum dan kini berusaha untuk membersihkan parti dan belajar dari kesilapan-kesilapan yang berulang-ulang dengan kesilapan yang sama sahaja.

Parlimen Pasir Gudang juga menerima kesan daripada Pilihanraya dengan menyaksikan penurunan peratusan yang mengundi BN. Tetapi yang hairannya kenapa pemimpin-pemimpin UMNO Pasir Gudang tidak dapat merasainya dan cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan cuba untuk mempelbagaikan program dengan berkempen dari peringkat awal bagi menarik minat rakyat bagi menyokong perjuangan UMNO. Apa dapat di lihat kini Kepimpinan lebih suka kepada hanya membuat program di kalangan ahli-ahli UMNO sahaja yang kita lihat Setiap Detik, Setiap Saat Hanya Berkempen bagi mempertahankan diri dan kedudukan dalam bahagian.

Setiap Detik, Setiap Saat Hanya Berkempen untuk menyusun siapa no satu siapa no dua dan tiga selain menawar diri untuk no dua dan tiga, ada pemimpin Bahagian yang turun padang mensajikan kepimpinan cawangan dengan berkempen dalaman UMNO
bagi menjelaskan keperluan untuk memastikan no satu terus kekal dan menghasut secara halus agar menolak no dua dan tiga. Pemilihan masih jauh lagi tetapi kempen untuk menyusun kempimpinan sudah bermula. Kalau kita lihat ada Pemimpin Biro yang bekerja pun nampak tidak keikhlasannya, kerana kita dapat lihat ianya hanya berkepentingan untuk mengekalkan diri di dalam kepimpinan Bahagian.

Kegilaan memegang jawatan dalam Umno kini seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Mana-mana cawangan yang tidak bersekongkol dengan mereka maka peruntokan kemudahan untuk ahli menjalankan program dalaman Cawangan bagi tujuan menarik minat masyarakat setempat tidak di salurkan secara amanah. Pemimpin UMNO Bahagian sudah tidak berminat melihat kepada masaalah dalaman yang ada dalam cawangan, walaupun dalam perlembagaan UMNO sudah menjelaskan yang mana Bahagian harus membantu cawangan, mungkin mereka sibuk untuk mencari duit bagi memperkasa kan diri selain Setiap Detik, Setiap Saat Hanya Berkempen untuk mengekalkan jawatan.

No comments:

Post a Comment