Followers

Saturday, December 5, 2009

Contohi Sikap Terbuka DAP?

Umno digesa memohon maaf dengan segera kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran beberapa insiden bersifat perkauman yang cuba dicetuskan oleh mereka sebelum ini.Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, ianya termasuk insiden membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru baru ini dan insiden mengarak dan memijak kepala lembu di Selangor Ogos lalu.

Reaksi Ustaz PAS ini ekoran isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang lompat parti baru baru ini. katanya lagi dengan pekara tersebut di atas wajar lah UMNO mencontohi sikap pemimpin DAP yang berani memohon maaf secara terbuka terhadap pekara yang memijak gambar.beliau turut mendesak Umno BN memohon maaf kepada rakyat negeri Perak atas rampas kuasa yang dilakukan dan kepada rakyat Kelantan kerana menafikan hak royalti negeri itu.

Apa yang kita lihat tidak ada rasa kesal atau rasa terharu atau rasa sedih atau rasa kecewa dengan apa yang berlaku malah menyokong dan untuk menutup perangai burok sahabat aka saudara politik maka cari pula salah UMNO.

Ini lah kononnya perjuangan Islam dan perangai PAS pula, masaalah dalaman mereka pun UMNO juga yang salah, kalau di fikir-fikir kan apa punya pelik orang-orang PAS, tidak ada kerja lain sanggup menipu diri sendiri, menipu bangsa sendiri, menipu dalam agama, sanggup mempermain hukum2 Allah bagi kepentingan politik dan kuasa.

Semoga Allah SWT membuka mata dan hati rakyat terhadap perjuangan songsang PAS....

No comments:

Post a Comment