Followers

Sunday, February 27, 2011

Hapuskan PAS pembawa Hasad Dengki


PAS bertahalluf dengan DAP konon ianya konsep perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk kafir tapi yg jelas Nabi bertahalluf dengan kafir supaya negara tak jadi kacau bilau dan bukan Nabi bersama dengan orang kafir utk serang kaum Ansar dan Muhajirin.

Sebenarnya Hari ini PAS telah salah menguna kan konsep tersebut dengan DAP untuk menyerang sesama orang Islam. PAS akan sentiasa membohong dan menipu kononnya perjuangan mereka atas dasar Islam,Hapuskan PAS insyaAllah umat rakyat masyarakat Islam khususnya akan bersatu dalam negara

Wednesday, February 23, 2011

Kesah Sex Museum di Amsterdam


Aduhai Dato’ Omar pt 7
Kickdefella

"Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal."

Jika anda tujukan tiga soalan kepada pemimpin PAS Kelantan, anda akan pasti mendapat 3 jawapan skema.

Soalan satu, kenapa masalah air di Kelantan tak selesai-selesai? Jawapannya ialah, di Mekah pun tak ada air.

Soalan ke dua, kenapa tidak berhenti menebang balak di Kelantan, cuaca di Kelantan dah banyak berubah dan semakin bertambah panas. Jawapan yang akan anda terima ialah, di Mekah pun panas jugak.

Soalan ke tiga, kenapa negeri Kelantan terus kotor walaupun dan 20 tahun pemerintahan berdasarkan Membangun Bersama Islam di laksanakan. Jawapan yang akan diberi ialah, di Mekah pun kotor jugak.

Baru-baru ini, apabila saya ketengahkan isu pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kota Bharu Bandar Raya Islam, saya dikejutkan dengan jawapan skema yang baru. Jawapannya ialah, apa pelik ada pelacuran di Kelantan, di Mekah pun ada pelacuran juga!

Sekarang saya sedar kenapa Kelantan di panggil Serambi Mekah. Rupanya supaya segala keburukan yang ada di Mekah dapat digunakan untuk membetulkan segala keburukan yang ada di Kelantan.

Baru-baru ini apabila kisah ADUN PAS berzina di atas keretapi tersebar luas di ruang siber, kita dikejutkan oleh kenyataan seorang yang mengaku menjadi saksi bahawa Nik Aziz berkata perbuatan ADUN tersebut sudah di maafkan oleh ‘Allah taalla’.
Nik Aziz sering menyamakan dirinya dengan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. apabila terjerat dengan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan perbuatannya sebagai pemimpin di curigai. Contohnya di dalam isu kronisme, Nik Aziz lantang mendakwa amalan kronisme adalah sunnah nabi bagi menjelaskan kenapa beliau melantik menantunya Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Boleh jadi sekiranya Nik Aziz di gasak oleh wartawan berhubung kesahihan zina seorang ADUN PAS di atas keretapi, Nik Aziz akan menjawab, ‘Sahabat Nabi Muhammad pun ada yang berzina….”

Itu tidak mustahil. Mungkin ADUN PAS Perupok, YB. Dato’ Omar boleh mula mencari-cari senarai sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dihulurkan namanya dan insidennya kepada Nik Aziz, untuknya melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seks menerusi telefon di antara beliau dengan seorang wanita sudah bersuami dan beranak satu yang sedang membara di ruang siber.

Benarkah di Mekah ada pelacuran? Saya tidak pernah tahu sebelum ini dan mereka yang kembali dari Mekah tidak pernah menceritakannya. Tetapi apabila pengikut-pengikut PAS bertegas mendakwa di Mekah pun ada pelacuran, ini menunjukkan mentaliti mereka. Mencari industri pelacuran di Mekah? Pelacuran Islam? Mutaah? Alhamdullillah.
Mengingatkan saya kisah dua orang ADUN PAS sekarang. Seorang ahli exco dan seorang bekas ahli Parlimen. Satu ketika kedua-dua mereka berkunjung ke Amsterdam bersama-sama.

Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal. Bekas ahli Parlimen itupun segeralah masuk dan yakin dia tidak akan bertembung dengan sesiapa yang dikenalinya di dalam itu kerana masih di awal pembukaan muzium tersebut.

Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati beliau bukanlah pelawat yang pertama tetapi yang kedua pada hari itu. Bila beliau asyik menikmati paparan di Sex Museum itu, beliau terserempak dengan pelawat pertama, dan orang itu tidak lain-tidak bukan adalah teman se hotelnya dari PAS Kelantan. Orang itu adalah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Sudah tentu jawapan dari pengikut PAS ialah melawat ke Sex Museum tidak pelik sebagaimana tidak pelik ada rumah pelacuran di Mekah dan di zaman Rasulullah s.a.w. Cuma ia akan menjadi pelik jika Adnan Yaacob atau Ali Rustam yang melawat ke Sex Museum. Tentu pengsan Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh berceramah soal orang UMNO masuk ke Sex Museum. Tentu gugur jambang Khalid Samad kerana tidak berhenti buka tutup mulutnya berkata-kata mengeji perbuatan tersebut.

Semoga insiden-insiden ini di ambil iktibar oleh YB. Dato’ Haji Omar dan dijadikan perangsang untuk menempuh hari-hari akan datang. Yakinlah Dato’ Omar bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mungkin boleh didakwa atas kesalahan moral kerana Nik Aziz ada nas bahawa kesalahan moral dunia hari ini, hanyalah untuk UMNO dan Barisan Nasional. Jika kesalahan moral itu dibuat oleh pimpinan PAS, itu kerana zaman Nabi dan para sahabat, ianya juga dilakukan mereka.


Kickdefella

Monday, February 21, 2011

ALLAH TAALA DEDAH KAN LAGI PEMBOHONGAN NIK AZIZ...??


Dalam salah satu ayat al Quran, diceritakan tentang sekumpulan Bani Israel yang cuba memperdayakan Allah Taala dan akhirnya mereka pula bertukar menjadi beruk dan babi. Kisahnya ialah apabila Bani Israel enggan beribadat sepanjang minggu dan hanya minta sehari sahaja yang dikhususkan untuk beribadat kepada Allah Taala, manakala hari-hari lain mereka boleh tumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka iaitu menangkap ikan. Maka Allah Taala perintahkan bahawa hari Sabtu adalah hari khusus untuk mereka beribadat dan mereka tidak dibenarkan menangkap ikan walaupun seekor.


Dengan takdir Allah Taala, pada hari Sabtu jugalah, ikan bukan main banyak sampaikan timbul-timbul di permukaan air sedangkan pada hari-hari yang lain, susah benar mereka hendak menangkapnya. Maka timbullah idea mereka untuk menggali sebatang parit sehingga ke belakang rumah mereka. Dan mereka turut memasang perangkap, jerat dan bubu selain pukat pada hari Jumaat dan hanya mengangkatnya pada hari Ahad.


Mereka cuba menipu tetapi Allah Taala Maha Mengetahui. Bani Israel yang degil itu akhirnya bertukar menjadi kera yang berekor panjang, manakala rabbi atau ulama mereka pula Allah Taala tukarkan menjadi khinzir.


Sesetengah riwayat mengatakan, setelah tiga hari bertukar wajah, bentuk tubuh dan kelakuan, habislah mati kesemua orang Israel yang mendurhaka kepada Allah Taala itu kerana kebuluran.


Itu cerita di dalam al Quran.


Nik Abdul Aziz masih mengulangi keangkuhannya. Nasihat daripada Zul Nordin agar dia menyemak dan mempraktikkan apa yang Allah Taala perintahkan menerusi Surah Abasa, ditolak mentah-mentah. Alasannya, Zul Nordin bukan daripada golongannya.


Bahkan yang paling memeranjatkan daripada seorang lelaki tua yang bertopengkan ulama dan kecendekiawanannya ialah PERASAAN TIDAK PERCAYANYA kepada Allah Taala, dengan mengatakan, seandainya Surah Abasa dipraktikkan, maka PAS akan kehilangan sokongan kaum bukan Islam.


Makanya, JADAH APALAH si Nik Abdul Aziz selalu menyatakan bahawa PAS memperjuangkan Islam, tetapi pada masa yang sama, begitu angkuh terhadap Allah Taala. Islam versi siapakah yang Nik Abdul Aziz ingin ajarkan kepada umat Melayu dan para pengikutnya?


Rupa-rupanya Nik Abdul Aziz takutkan undi orang kafir berbanding menuruti perintah Allah Taala.... rupa-rupanya apa yang Nik Abdul Aziz dakwahkan ialah, TAKUTKAN UNDI KAUM KAFIR berbanding TAKUTKAN ALLAH TAALA...


Mungkin dia fikir, dia hebat menipu, tetapi Nik Abdul Aziz terlupa, Allah Taala menjaga agama Islam kerana Allah Taala telah meredhai agama Islam sebagai agama umat. Allah Taala membersihkan sebarang kekotoran yang cuba merosakkan Islam.


Dan Nik Abdul Aziz ternyata salah satu kekotoran yang ada dalam tubuh badan Islam di negara ini... makin banyak perdaya Nik Abdul Aziz yang didedahkan oleh Allah Taala dalam sebarang keadaan dan peristiwa.... hanya perlu gunakan akal fikiran yang terbuka, berpandukan al Quran dan al-hadis, maka akan nampaklah kecacatan tersebut.
SUMBER THE FLYING KICK

NIK AZIZ BERI GALAKAN UNTUK BUANG BAYI..?



1. Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membuka sebuah sekolah khas untuk remaja yang mengandung luar nikah mendapat tentangan dan penghinaan dari pelbagai pihak terutamanya dari pembangkang.

2. Pelbagai tomahan dan tuduhan liar dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Ada yang menuduh sekolah ini diwujudkan untuk menggalakan maksiat dan hanya akan memperbanyakkan lagi kes buang bayi.

3. Nik Aziz contohnya, membidas dengan penuh perasaan jahatnya mengatakan Sekolah Harapan ini adalah tempat mengumpulkan maksiat dan penzina.

4. Tujuan utama Sekolah Harapan ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang telah terlanjur untuk terus mendapatkan pendidikan. Walaupun mereka telah melakukan kesilapan dalam hidup mereka, ini tidak bermakna peluang mereka untuk mendapatkan pendidikan dinafikan.

5. HARI INI, SEKOLAH HARAPAN JASIN MEMPUNYAI 31 ORANG PELAJAR. 15 ORANG DARINYA TERDIRI DARI PADA RAKYAT NEGERI KELANTAN DARUL NAIM YANG MENTERI BESARNYA ADALAH NIK AZIZ KLUK KLEK WALI SELIPAR!!!

6. Jumlah pelajar hamil luar nikah yang paling ramai datangnya dari Negeri Kelantan Serambi Mekah!!! Oleh yang demikian ada beberapa kesimpulan boleh dibuat tentang perkara di atas.

7. Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Nik Aziz Wali Selipar terkenal dalam beberapa perkara. Kelantan terkenal sebagai negeri yang paling tinggi sumbang mahrah dan buang bayi. Kelantan juga merupakan negeri yang paling ramai penghidap HIV.

8. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Melaka memberikan bantuan kepada mereka yang sepatutnya dibantu dan dibela. Selain itu, buang bayi juga dapat dikurangkan bilangnya.

9. Oleh kerana kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu atau tidak mahu membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan, Negeri Melaka sedia melaksanakannya.

Sumber JPX

Sunday, February 20, 2011

Semakin Rumit dan Kabur Perjuangan Islam PAS...?


Dua Tokoh agama di negeri Kelantan Zainal Abidin Awang Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, dan juga Mohd. Saifuddin Abdul Rahman jurucakap Minda pondok sekata mengatakan Pas sanggup menjadi bisu dan pekak kerana nak jaga hati DAP demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam. PAS juga sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP. PAS dah tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

Mereka berkata lagi Apakah perubahan yang dibawa oleh Pas setelah berpakat dgn DAP, malah lagi teruk jika di bandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang. Katanya lagi kalau betul lah PAS nak berdakwah dgn DAP mana suara PAS, Kita ambil contoh lah apa yg belaku di Selangor apabila exco DAP sanggup campur tangan dalam hal ehwal Islam kan


PAS hari ini terlalu banyak alasan berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi..??

Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya Hadi Awang; Nik Aziz dan Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar. Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Oleh itu, melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya.

Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz kaki pusing 360 darjah...?


"Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Nik Aziz Nik ketika mengulas dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar, Tetapi Nik Aziz pusing kata dah jadi jadi kewajipan plak dia untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh..Baca di sini

Nik Aziz bagi contoh, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat, justeru Nik Aziz kata siapa Tun Mahathir apa kelebihan Tun sehingga tak boleh kena tegur..?? persoaalannya siapa Nik Aziz pula nak tegur Tun adakah Nik Aziz nak beranggapan dia adalah malaikat plak ke..?? Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan Nik Aziz sehingga hari ini masih lagi Menteri Besar, Tun Mahathir Memimpin dan memastikan Negara sehingga maju jaya, tapi Nik Aziz hanya memimpin negeri sehingga hari ini tapi huru hara.

Tun Mahathir sifatkan kehidupan Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP PKR dan jelas bukan kerana Islam pun malah umat rakyat masyarakat dengar baca apa yg keluar dari mulut Nik Aziz sendiri hatta dgn syaitan pun Nik Aziz sanggup bekerjasama bagi memastikan untuk menghancurkan perjuangan UMNO/BN bukan kerana Islam pun.

Nik Aziz kata UMNO melawan Islam sebagaimana di sebut dalam al-Quran tapi yg jelas PAS adalah parti politik dan begitu juga UMNO tapi bagi Nik Aziz sesiapa yang melawan PAS maka melawan Islam dengan memberi contoh sebelum ada Nabi Muhammad maka zaman itu adalah jahiliah.dan setelah ada Nabi Muhammad sehingga hari ini kalau umat rakyat masyarakat tak sokong PAS maka serupa manusia itu masih di zaman jahiliah. Persoaalannya adakah PAS lahir sama dgn kelahiran Nabi Muhammad. Nik Aziz memperkuatkan lagi fatwanya dengan mengatakan UMNO/BN tidak mengharam judi, mengamal rasuah berlaku kemungkaran zina dan sebagainya tapi dalam masa yang sama tidak pula menyebut permis2 arak yang juga haram yg kini berleluasa di Kelantan baca disini


Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama. Nik Aziz sifat kan Tun Mahathir manusia yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur..tapi yg hairanya bila Tun tegur Nik Aziz, kenapa nak melenting juga dgn membalas semua kenyataan Tun

Mengulas mengenai kerjasama PAS dgn DAP Nik Aziz memberi alasan kononnya PAS memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO. Hanya mereka yg tak cerdik lah yg akan percaya dengan alasan Nik Aziz, DAP tak kenal Islam..?? adakah DAP pendatang ke dalam Negara..?? bukan kah semua ahli Dap adalah org Malaysia ada kad pengenalan Malaysia, malah dalam parti mereka juga ada ahli yg beragama Islam, pemimpin DAP semua lahir dalam Negara, mendapat pendididkan awal dalam Negara, kebanyakan pemimpin DAP adalah pengamal undang2, takan mereka tak kenal Islam..??

Yang jelas Nik Aziz kaki pusing 360 darjah, semakin rumit dan kabur perjuangan Islam PAS

Thursday, February 17, 2011

PRK hanya Medan Persiap hadapi PRU13


Pilihan raya kecil (PRK) merupakan medan bagi Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau berkata sempena persiapan PAS menghadapi PRK Dun Merlimau, kata nya lagi PRK adalah sebagai latihan kepada jentera PAS yg kini dah berada dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar. Dan lagi yang penting untuk menyuntik maklumat kepada rakyat dan untuk memobilisasi jentera parti sebagai latihan katanya lagi jentera PAS tidak harus memikirkan soal kemenangan tapi memberi fokus bagi maklumat untuk tujuan mengurangkan majoriti undi BN dan bukan bertujuan pun nak merampas kerusi BN saja..??.


Sudah hampir 53 tahun takan lah jentera PAS asyik nak berlatih saja, tak letih ke..? saya percaya PRU13 nanti merupakan medan bagi umat rakyat masyarakat menyaksikan sekali lagi jentera PAS tamat latihannya dalam Pakatan dan mula berlatih sendiri semula seperti biasa

Sudah menjadi track rekod PAS yang asyik keluar masuk berpakat dgn parti2 lain untuk menghancurkan saudara2 Islam dalam perjuangan UMNO, itu saja lah kerja perjuagan Islam PAS dan apabila berlaku berpecah kelak dalam pakatan maka Pas akan kembali semula dengan fatwa sonsang mereka kononnya Allah bagi petunjuk betapa berjuang bersama orang kafir adalah haram dan perjuangan PAS merupakan korban bagi tujuan petunjuk dari Allah dan PAS akan membuat pengakuan semula yg mana masih konsisten dengan perjuangan mereka, kerana Islam…??

Oleh kerana asas PAS hanya nak menghancurkan sesama Islam justeru itu lah perjuangan PAS harus umat rakyat masyarakat tolak . Perjuagan Islam PAS hanya retorik semata2. Hari ini PAS sudah terpesong jauh dari arus kebenaran perjuangan mereka. PAS terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan Islam mereka demi untuk bersama DAP, hari ini perjuangan PAS di lihat seperti TIN KOSONG, justeru itu lah PAS seperti melukut di tepi DAP dan PKR...

“Jangan jadi menang sorak tetapi Islam terancam dalam Negara”

Wednesday, February 16, 2011

PKR Kutok Akhbar Palsu Selangor Terkini


Pakatan Rakyat Selangor kini terus di hantui dgn sindrom takut pada bayang2 mereka sendiri apabila Wanita Keadilan Selangor Haniza Mohamed Talha ADUN Taman Medan kini dah pandai mengutuk pihak yang bertanggungjawab sehingga kononnya tersebarnya akhbar palsu, Selangor Terkini yang menyerupai akhbar sah terbitan Kerajaan Selangor iaini SelangorKini.kliksini

Yang Jelas janji Allah tu benar, apa yg dulu kamu mengata mengeji mengumpat menyalahkan kepimpinan mengfitnah kerajaan BN Selangor dan hari ini ianya berbalik kepada mereka, kenapa nak bimbang, kalau berada di jalan yg betul..? mungkin bimbang kerana dulu hingga kini begitu juga lah perbuatan mereka sehingga umat rakyat masyarakat Selangor tertipu dengan pembohongan mereka.?

Wanita Keadilan Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengutuk perbuatan terdesak Umno yang sengaja menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang bertambah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor…?? Atau Wanita KeADILan Selangor khuatir kini bahawa umat masyarakat rakyat Selangor dah mula sedar yang mana kerajaan Pakatan Rakyat hari ini hanya satu Pakatan jahat yg hanya bertujuan nak memecahbelahkan umat rakyat masyarakat dalam negara dan tak tahu memipin pun..??

Apa kata, kita kata pada Wanita KeADILan Selangor supaya buat kerja tunjukkan pada rakyat Selangor apa yg mereka dah perjuang kan yg nak di banggakan oleh rakyat Selangor sehingga hari ini.?? Jangan pula tunjuk kan apa yg telah di rampas sesuatu yg di laksanakan di perjuagkan oleh UMNO/BN, kemudian nak megaku ini lah yg kerajaan Pakatan dah buat dalam negeri Selangor ??

Apa kata, kita kata pada Wanita KeADILan Selangor kenapa nak takut pada akhbar2 palsu dulu pun mereka pernah buat juga malah akbar KeADILan pun tak adil sehingga mengfitnah dan siap minta maaf lagi, takan lupa,,??

Monday, February 14, 2011

AMK dakwa Utusan bohong



Akhbar Utusan Malaysia telah dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai'

Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali kata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh PR (Pembohong Rakyat).

Ketua AMK adalah Ahli Majlis MPSP, dia beri jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan mereka..??


Persoaalanya kenapa tidak tempatkan mereka dulu atau cari lokasi yg sesuai dan laksanakan dulu sebelum merobohkan gerai2 mereka, persoaalannya juga sampai bila mereka perlu tunggu untuk AMK perjuangkan tempat lokasi baru untuk mereka..? tidak kah pemimpin Melayu PKR PAS tak fikirkan apa akan jadi pada peniaga yg telah mereka robohkan apa punca rezeki mereka sementara nak menunggu AMK berfikir lokasi dan tempat..? tidak kah ini memperlihatkan betapa zalimnya pemimpin PR, yg jelas pemimpin melayu PKR PAS tidak ada suara dalam Pakatan.