Followers

Saturday, October 30, 2010

PAS Sokong Kenyataan DAP Dalam Menentang Subjek Matapelajaran Sejarah


GUA MUSANG 29 Okt – Tindakan DAP mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ibarat seperti menidakkan asal usul mereka sendiri.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Md Nordin berkata dengan sejarahlah rakyat di negara ini menikmati keselesaan hidup hasil kefahaman rakyat mengenai sejarah mereka yang terdahulu.

"Sesiapa yang mempertikaikan sejarah ini boleh diibaratkan seperti mereka yang melupai atau menidakkan asal usul keturunan mereka sendiri, sepatutnya kita harus berbangga dengan asal usul (sejarah) kita.

"Saya hairan bagaimana dengan DAP boleh menidakkan sejarah sedangkan jatuh bangun atau maju mundur sesuatu bangsa dan negara berdasarkan kepada faktor sejarah mereka," katanya ketika dihubungi umno-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP melalui ahli parlimennya, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan itu dengan menyatakan kebimbangannya bahawa akan berlaku manupulasi terhadap mata pelajaran itu demi kepentingan sesuatu pihak di negara ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Galas sekarang, pihak pembangkang terutamanya DAP turut menggunakan isu berkenaan di kawasan bukan Melayu supaya pengundi terbabit tidak memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Sumber Bernama

No comments:

Post a Comment