Followers

Friday, November 19, 2010

PENIPUAN PAS DAN NIK AZIZ


Sebenarnya Pas bukan setakat menggunakan GMC sahaja yang memfitnah UMNO bahkan dalam menggugatkan kepercayaan orang Islam terhadap UMNO dan menafikan perjuangan Islam UMNO mula berlaku pada bulan Ogos 1963 iaitu Dewan Ulamak PAS Kelantan telah merekacipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau sekurang-kurangnya haram”. (Kenyataan boleh lihat dalam Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984).

Hukum seperti ini adalah sebenarnya PAS telah mengharamkan perkara yang harus.

Sebagai bukti pada akhirnya sekarang ini PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (sila lihat Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999).

Oleh itu terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO.

Ketika mula mengkafirkan UMNO pada tahun 1963 dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan dan sesuai dengan maksud ayat al-Quran “KHUSYUBUN MUSANADAH” yang disebut dalam ayat 4 surah al-Munafiqun sebagaimana maksudnya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan dan tingkah laku mereka; iaitu badan mereka yang segak, pakaian mereka semacam orang Islam tulen, dan tutur kata mereka pula yang manis serta senyuman mereka yang menawan; dan apabila mereka berkata-kata di dalam majlis perjumpaan denganmu, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya, lantaran manis dan petah bercakap mengenai ayat al-Quran dan Hadith. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar di tepi-tepi dinding, batang-batang kayu yang tidak mempunyai akar atau tunjang dan tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki, bahkan selalu berputar belit hukum-hakam dan kerja-buat mereka. Dalam hal ini mereka tidak ubahnya seperti bayang-bayang kosong sahaja. Kerana merasai bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka tiap-tiap jeritan atau riuh rendah yang didengar oleh mereka, adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, oleh itu berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya sendiri daripada kebenaran? (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-MUNAFIQUN)

Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan Nik Aziz telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, walau bagaimana pun kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. Kerana dulu orang Pas kata menyokong UMNO menjadi Kafir, kini telah berubah menjadi sesat atau tidak akan masuk syurga sahaja. Yang anehnya ada manusia yang boleh percaya hukum tersebut sedangkan syurga atau neraka bukan hak mutlak kepunyaan Nik Aziz.

Firman Allah yang bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)

Sebenarnya gabungan antara kaum tajaan PAS dan PKR hanya sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival agama atau bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.

Dipetik dari komentar pembaca dalam blog kickdefella

No comments:

Post a Comment