Followers

Friday, May 7, 2010

Lagi Kisah Anwar

Kebetulan atau dirancang? Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang sudah menjangkakan kekalahan PKR di Hulu Selangor terus menghilangkan diri ke Oslo, Norway. Kerap terjadi apabila ada peristiwa yang tidak menguntungkan PKR, Anwar terbang ke luar.

Beliau dilaporkan menghadiri Forum Kebebasan Oslo yang menghimpunkan aktivis yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi di negara masing-masing. Awang tidak pasti apakah sumbangan Anwar dalam konteks Malaysia.

Menurut laman web forum berkenaan, sumbangan Anwar paling menonjol adalah dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian di Malaysia.

'Perjuangan' Anwar itu mendapat liputan meluas media antarabangsa. Sememangnya Anwar sejak sedekad lalu bekerja keras untuk menonjolkan imej sebagai ikon antarabangsa dan disayangi media asing, lebih-lebih lagi sejak kes liwat pertamanya.

Kini Anwar yang menghadapi satu lagi dakwaan kes liwat dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada beliau, memperhebatkan lagi penampilannya di arena antarabangsa.

Di luar negara, beliau menggambarkan imejnya bersih bersih moral dan berintegriti. Seperti biasa juga, beliau meraih simpati dunia bagi menyelamatkannya yang berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Turut menarik perhatian Awang, beberapa aktivis yang mencetuskan kontroversi di negara masing-masing termasuk yang menentang pemerintahan Islam menjadi ahli panel forum. Awang boleh baca agenda yang tersirat di sebalik forum seperti itu.

Sebagai maklumat latar, Forum Kebebasan Oslo tanpa dicanangkan, juga memperjuangkan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tetapi Awang tidak teruja hal tersebut. Yang menjadi persoalan mengapa Anwar ghairah menjual imejnya di luar negara selain memburukkan Malaysia. Apakah beliau sedang melakukan persiapan tertentu?

Awang tidak fikir Anwar akan mengikut jejak langkah sahabatnya, Raja Petra Kamaruddin lari meninggalkan negara kerana ia akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Selain mempercaturkan campur tangan asing membantunya, Anwar memerlukan platform baru di luar negara jika keadaan mendesak. Beliau mampu berbuat apa sahaja sebagaimana pendedahan puluhan pemimpin PKR yang telah meninggalkannya.

rencana awang

No comments:

Post a Comment