Followers

Saturday, November 7, 2009

JANGAN MARAHKAN NYAMUK KELAMBU NAK DI BAKAR PULA

hari ini Sabtu 7 november saya terbaca satu artikel di setiap dada akhbar mengenai satu kes seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi sebelum itu mengambil kesempatan terhadap bakal anak tirinya sepuloh hari sebelum berlansungnya pernikahan lelaki tersebut dan kes ini telah berlaku empat tahun yang lepas dan tahun ini lelaki terbabit di jatuhkan hukuman dan walaupun hukuman tersebut tidak setimpal dengan perbuatannya.

Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai status lelaki yang tersebut, di kebanyakan dada akhbar mengatakan yang mana status lelaki terbabit adalah hanyalah bekas seorang juruteknik, tetapi di akhbar berjenama KOSMO yang di terbit dan di cetak oleh Utusan Melayu (M) berhad telah menyiarkan berita tersebut dengan tajuk "Bekas Setiausaha Parti Politik diPenjara, diSebat" di mukas surat 8 halaman Negara dengan secara terang penulis menyatakan parti politik tersebut adalah UMNO siap dengan Cawangan sekali, yang menarik perhatian saya lagi di dalam akhbar yang sama di muka surat lain terpapar kesah yang hampir sama dengan tajuk seorang "Lelaki Tua Merogol budak dipenjara sepuluh tahun" tetapi tidak pula di nyatakan statusnya dari parti politik mana?

Bagi saya penulis Harian KOSMO ini mempunyai niat yang jahat apabila mengaitkan UMNO dalam masaalah peribadi lelaki terbabit, seolah olah penulis ingin mengatakan yang mana UMNO adalah kilang kejahatan dan kesalahan lelaki terbabit juga di tujukan kepada Ahli UMNO keseluruhannya. Saya berpendapat sememangnya penulis berniat jahat ingin memalukan UMNO keseluruhannya dengan menjadikan lelaki tersebut sebagai bahannya untuk tujuan jahatnya.

Maka saya berharap agar penulis atau wartawan lebih bertanggongjawab dan berhati hati agar masaalah peribadi tidak di kaitkan dengan mana mana parti politik kerana apabila di sebut UMNO maka ianya terbabit kepada seluruh ahli termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib kena tanggong kesalahan peribadi lelaki terbabit.

Untuk makluman kepada penulis KOSMO terbabit bahawa jangan ingat semua orang parti politik yang lain baik baik nelaka, selagi kita ini manusia kita tidak akan lari dari kesilapan tetapi jangan lah menghukum kesilapan peribadi orang dengan mengaitkan parti dan perjuangan orang terbabit kerana ini akan boleh mengundangkan kemarahan ahli UMNO keseluruhannya yang ikhlas untuk melaksanakan perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment