Followers

Saturday, November 21, 2009

6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.
Baca lagi

""Untuk menjadi pemimpin bukan nya pekara yang mudah, kena bersedia dengan fizikal dan mental yang baik, segala rekod mesti bersih agar kita satu hari nanti tidak di pertikaikan, hari ini wang bukan lagi segalanya, keperibadian yang baik ikhlas dan bertanggongjawab dengan jawatan yang kita tawarkan untuk bertanding, tidak boleh lagi mengharap pada sokongan rakan rakan semata mata, bimbang sokong bawa rebah.

UMNO bukan hak individu, maka jangan ingat nak jadi pemimpin hanya untuk "glamour" semata mata. Bila kita tawarkan diri maka kita adalah hak UMNO dan harus memastikan segala apa yang kita lakukan untuk kepentingan UMNO dan kita mulakan dengan kepentingan ahli ahli UMNO kerana ahli ahli merupakan akar dan umbi, kerana ahli merupakan pencorak kepada bakal kepimpinan.

Kita tidak tahu apa yang berlaku dengan kepimpinan Pergerakan Pemuda Kota Tinggi, tetapi saya percaya sesuatu perubahan drastik harus di lakukan dan apa yang di lakukan mungkin telah mendapat sokongan dan tidak akan menjejaskan perpaduan pergerakan Pemuda secara keseluruhannya dan kepada Kepimpinan Ketua Pemuda Kota Tinggi agar menerimanya dengan ikhlas dan bertanggongjawab.""

No comments:

Post a Comment