Followers

Monday, November 30, 2009

Selangor rasmi boikot program BTN

Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

"" Kerajaan Pakatan Rakyat selangor yang di pelopori oleh PKR, DAP dan PAS memboikot program BTN yang mereka katakan program tersebut hanya menanamkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang selain daripada isu perkauman tetapi kerajaan BN mempertahankan progran BTN dengan menyatakan yang mana program tersebut yang di katakan dapat menanamkan dan menerapkan nilai murni, disiplin, semangat berpasukan dan hormat menghormati kepada peserta agar dapat mengatur kehidupan lebih baik, jadi lebih berani dan yang penting mempunyai disiplin tinggi terutama dalam menjaga amanah.

Hari ini rata rata pemimpin UMNO seluruh negera menyelar sikap pemimpin pembangkang yang hanya baru memboikot program BTN di selangor, saya tertarik dengan pemimpin UMNO yang mengatakan Pakatan Rakyat sudah mulai nak hilang kuasa justeru memboikot BTN? ataukah Pakatan Rakyat kini mulai sudah hendak berkuasa penuh di Selangor atau negeri2 yang sama waktu dengan mereka?

Hari Aiduladha saya berkesempatan beraya di Selangor dan bersembahyang Aiduladha di Masjid Ampang dan dengan biasanya khutbah nya tidak megikut teks tetapi berkisar kepada kebaikan yang telah kerajaan selangor sedia ada dan menunjukkan kelemahan kerajaan terdahulu, walaupun di selang seli dengan pengertian korban dalam rumah tangga.

Di Kesempatan itu dapatlah saya meronda ronda sekitar Ampang yang parlimen dan Adun nya dikuasai oleh kerajaan pakatan rakyat, apa yang menyedihkan saya tidak ada satu pun kain rentang dari UMNO Selangor ( yang kini pembangkang di Selangor) khususnya di Ampang untuk menyambut atau mengucapkan kedatangan Hari Raya Aiduladha kepada masyarakat di sekitarnya, mana pergi pemimpin UMNO Bahagian, berbeza pula pembangkang di Johor apabila saya mengambil kesempatan untuk pulang ke johor bahru melalui jalan persekutuan, maka banyaklah kain rentang dari parti PAS di sepanjang kawasan yang mempunyai kampung2.

Justeru adakah benar kata pemimpin UMNO yang mana Pakatan Rakyat akan hilang kuasa dan terpaksa memboikot BTN di Selangor dan negeri2 yang sewaktu dengan nya? atau UMNO yang akan terus berkubor di Selangor atau negeri2 yang sewaktu dengan nya?

No comments:

Post a Comment