Followers

Monday, November 30, 2009

'Kami terhina'....Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang


Hari ini saya terpanggil untuk mengucapkan syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang kerana mungkin telah berjaya untuk menunjukkan sesuatu kepada masyarakat khususnya di Parlimen Pasir Gudang kerana keperihatinan mereka di bawah Biro Kebajikannya dengan memberi bantuan kepada yang memerlukan.Baca lagi

Dengan apa yang Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang lakukan hari ini sedikit sebanyak akan mengurangkan dan mengubati calar calar yang ada di dalam Pergerakan tersebut, saya percaya hari ini Pergerakan Pemuda sudah dapat suntikan daripada persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang lepas, jadikan lah apa yang di perkatakan oleh perwakilan sebagai pekara yang positif, suatu cabaran atau suatu bekal bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian untuk melayari bahtera perjuangan.

Hari ini kalau kita lihat kebajikan merupakan tiket kepada kita untuk mendekati rakyat di peringkat bawahan yang seringkali juga di pergunakan oleh pihak pembangkang untuk menyelar perjuangan UMNO kerana kononnya ketidak perihatinan kita, kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang satu atau dua kes yang membabitkan keperluan unutk pekara kebajikan maka satu dan dua pekara tersebut boleh di gunakan pembangkang untuk menidakkan perjuangan dan keperihatinan kita.

Maka saya berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di bawah kelolaan Biro Kebajikannya agar dapat mengerahkan Pergerakan Pemuda di peringkat akar umbi agar dapat mengenal pasti kebajikan yang perlu di salurkan kepada masyarakat di cawangan masing-masing, saya percaya kebajikan bukan sahaja menjurus kepada wang ringgit tetapi juga sentuhan keperihatinan yang perlu kita tunjukkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dengan slogan 1Malaysia dan harapan saya juga agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dapat memainkan peranan untuk menjadi jambatan kepada golongan yang memerlukan dengan angensi-angensi kerajaan yang dapat menyalurkan bantuan mengikut keperluan golongan yang hendak di bantu.

Saya sentiasa berpesan yang mana Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merupakan barisan di hadapan, maka Pemuda Bahagian harus mendahului dalam sesuatu hal membabitkan apa sahaja pekara yang membabitkan keperluan masyarakat, kurangkanlah perjuangan yang bertuankan orang-orang tertentu perjuangan harus ikhlas demi Agama Bangsa dan Negara, saya percaya masaalah di dalam Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang sekarang hanya masaalah terlampau mengikut telunjuk orang yang tertentu, bimbang terlangkah bendul, bimbang konon tidak menghormati pemimpin Bahagian kononnya Bahagian harus di dulukan.

Tetapi bagi saya dalam hal untuk bantuan kebajikan kenapa perlu banyak birokrasi?.

No comments:

Post a Comment