Followers

Thursday, October 29, 2009

BIRO LATIHAN MONOPOLI KEM….?

Lama tidak menulis rindu pula rasa…….Hari ini saya cuba untuk memberanikan diri dengan ungkapan memang pahit untuk bercakap benar, apatah lagi apabila kita cuba untuk bercakap atau memberi komen kepada perjuangan kita sendiri, bimbang kita akan di salah tafsirkan, bimbang kita akan di anak tirikan dan bimbang blog kita akan di boikot, atau kita akan di cop sebagai pengkhianat dalam parti kerana meluahkan sesuatu pekara di dalam jalur lebar yang boleh menjejaskan seseorang khususnya pemimpin atau pertubuhan itu sendiri.

Hari ini saya percaya sesuatu pekara harus di luahkan secara telus dan mestilah lebih terbuka, kalau kita tertutup tindakan sewajarnya tidak akan di lakukan dan mereka yang bertanggungjawab akan mengambil sikap sambil lewa dan lebih kepada ungkapan “biarkan lah”

Sebelum kita pergi terlampau jauh, mari kita tumpukan pada pekara tajuk. Di dalam UMNO Bahagian Pasir Gudang. Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian telah membahagi beberapa Biro dan setiap Biro mempunyai peranan yang tertentu dalam mendekatkan diri kepada ahli dan masyarakat khususnya orang orang melayu dan setiap Biro juga mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej mereka dan saya percaya setiap mesej mesej yang hendak di sampaikan mestilah satu satu program harus di laksanakan atau di wujudkan sebagai contoh kem motivasi yang memberi kesedaran kepada masyarakat atau ahli berketetapan dengan peranan Biro itu sendiri

Tapi sayang program-program kem seperti itu hanya di monopoli oleh Biro Latihan, hanya Biro Latihan sahaja yang berhak melakukan program-program berbentuk kem atau mengumpolkan ahli dan masyarakat maka Biro Biro yang di wujudkan oleh YB Datuk Seri Ketua UMO Bahagian yang lainnya hanya turun padang dan masuk lobok jumpa segelintir, seorang atau dua itu pun ketua-ketua UMNO dan kalau bernasib baik dapatlah satu atau dua kerat ahli biasa kemudian duduk di kedai mamak mengeteh sampai pagi dan mesejnya mendekatkan diri dengan masyarakat……?

Saya lebih suka dengan sikap terbuka YB Datuk Seri Ketua UMO Bahagian Pasir Gudang bila saya berpeluang bersama berbincang dengan beliau, yang mana beliau mengalakkan agar ada pendekatan untuk mengadakan program program kem yang dapat mengumpulkan masyarakat yang bukan dari kalangan ahli UMNO sahaja tetapi NGO NGO atau siapa sahaja yang ruang lingkupnya luar dari kalangan ahli UMNO tetapi berminat dalam fahamam politik, dengan memberi kesedaran kepada mereka, beliau bercakap bukan tertumpu kepada Biro Latihan tetapi kepada Biro lain yang boleh atau ada potensi untuk melakukan program kem yang bersesuaian dengan biro tersebut, maka bersemangatlan Pengerusi Biro tersebut apabila ada galakan dari YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian, maka buat lah satu mesyuarat dan Kem Motivasi termasuk dalam agenda, tapi sayang bila mesej ini atau baru hendak buat kertas kerja berpandukan kemahuan YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian, ianya di bangkang oleh Ajk Biro Latihan yang berada di dalam Ajk beliau sendiri dengan mengatakan yang mana setiap program berbentuk kem adalah milik Biro Latihan? Yang realnya (dengan izin) Pengerusi Biro ini akur dan mengaku Biro lain tidak boleh melaksanakan program berbentuk Kem, sedangkan beliau sendiri yang bersemangat untuk melaksanakan kerana beliau juga telah mendapat mandat dari YB Datuk Seri UMNO Bahagian, itu baru Ajk Biro Latihan yang tegur kalau Pengerusi Biro Latihan yang tegur?

Ini lah yang saya rasa masaalah di dalam mana mana Bahagian, Pengerusi Pengerusi bimbang di antara satu sama lain, takut akan berlaga atau melakukan kerja hanya kepada skop yang telah di berikan, takut terlaksana skop kerja Biro Biro lain dan mulalah akan berlaku prgeseran antara satu sama lain, konon2 masing masing ingin menunjukkan siapa lagi bagus, tuduh menuduh masing masing nak tunjuk pandai. nak tunjuk aku lah bekerja depan Bos, tapi kalau melihat kepada dasar perjuangan khususnya dalam politik ianya tidak ada skop tidak ada garisan tidak ada sekatan tidak ada kotak, yang penting kita tidak lari dari dasar perjuangan dan yang penting Biro yang terbabit ada cara tersendiri untuk menyampaikan mesej biro yang terbabit dan kalau di lihat dari perspektif Bahagian setiap program Biro Bahagian adalah Program Bahagian dan semua AJK Bahagian termasuk YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian juga akan terbabit.

Bagi saya apa yang penting adalah golongan sasar yang harus di beri perhatian apakah golongan sasar Biro Biro yang ingin membuat program berbentuk kem, kalau balik balik ketua ketua cawangan dan ajk cawangan adalah lebih baik saya cadangkan YB Datuk Seri sendiri yang buat Kem Motivasi…..

No comments:

Post a Comment