Followers

Saturday, November 7, 2009




Gambar di atas di rakam kan dalam sebuah Masjid di Taman Sri Andalas, kalau di amat amatikan ianya adalah seperti seorang ustaz yang bertauliah sedang memberi kuliah agama dan kalau kita lihat dari bentul susuk tubuh dan warna kulit ianya seperti keturunan India Islam ( Mamak ), tapi yang sebenarnya beliau adalah india kristian yang di beri peluang oleh Ajk Masjid Jamek Ar-Rahimiah terbabit sempena majlis berbuka puasa lepas beliau merupakan wakil rakyat penduduk di sana dan saya percaya satu2nya wakil rakyat yang di beri peluang di selangor untuk memberi ceramah di masjid

Dr Xavier Jayakumar, yang juga ADUN Seri Andalas dan merupakan seorang dari anggota exco Negeri Selangor dan kini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga merupakan ADUN PKR bagi Seri Andalas berucap di dewan utama masjid itu tindakan ini di ambil atas sebab bantahan yang di lakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian terbabit

Inilah kini apa yang telah berlaku di Selangor, bermula dengan orang bukan Islam beceramah mengunakan ayat ayat suci al-Quran, bantahan azan dan kini mereka memasuki masjid unutk berceramah politik, menurut pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid.

Pakatan Rakyat ada di dalamnya ada parti yang kononnya berjuang atas dasar islam semata mata i( PAS) oleh kerana dah gila kuasa maka halal dan haram sudah mula di ketepikan, kalau lah ianya berlaku di Johor, pasti melalak sakan parti PAS untuk menunjukkan UMNO dah sesat lah, jahil lah, UMNO terdesak lah, rupa2nya mereka mereka ini tahu bercakap saja.

Ini pendapat sorang dari Ajk Masjid yang terbabit dan saya percaya beliau adalah orang dalam parti yang kononnya berjuang bersama islam ( PAS ) kata beliau seseorang bukan Islam tidak sepatutnya dilarang memasuki masjid kerana ada juga masjid yang perlu dimasuki oleh bukan Islam untuk tujuan-tujuan lain, termasuk penyelenggaraan."Saya fikir begitu, contohnya kontraktor yang buat masjid atau yang masuk masjid untuk baiki lantai marmar dan sebagainya, jadi perkara ini bukan menjadi satu isu," katanya.

Apalah bangang punya pendapat, kontraktor nak di samakan dengan orang kristian yang beri ceramah di masjid dan saya rasa kehadiran Dr Xavier jayakumar ini merupakan kunjung balas dengan Khaleed Samad pesuruhjaya PAS selangor yang di katakan mempunyai rekod jenayah yang kini menjadi AP Shah Alam semasa beliau berceramah di gereja bagi tujuan menyokong orang kristian mengunakan nama Allah SWT.

No comments:

Post a Comment