Followers

Monday, November 30, 2009

PERBUATAN BIADAP DAP





Bagi menyahut dan menyokong rakan-rakan blogger serta keperluan bagi untuk memastikan maruah melayu tidak tercabar dan di perlekeh kan oleh mereka mereka yang sudah mula lupa daratan.baca desakan

Maka saya menyeru kepada Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang agar dapat memainkan peranan agar dapat melakukan apa sahaja bagi mendesak agar perbuatan tersebut tidak berulang, bukan bertujuan untuk menaikkan semangat perkauman tetapi sesuatu harus di lakukan baca lagi desakan

Mana mungkin kita boleh membiarkan pekara tersebut di perlakukan sewenang wenangnya
Baca lagi disini.
Mereka telah menunjukan rupa mereka yang sebenar.
baca lagi disini
Mereka sudah melampau, memijak kepala 2 orang Yang Berhormat MelayuBaca lagi disini

DAP buat satu lagi perkara yang disifatkan oleh banyak pihak sudah melampau apabila membuat tempat kesat kaki dengan gambar tiga ADUN pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak.
Baca lagi disini

Sanggupkah kita orang Islam melihat sahaja baca lagi disini PAS and PKR muslims and malays... happy now? Baca lagi

Inilah dia CONTOH KEPIMPINAN Khalifah 'Umar Abdul Aziz'. Akhlak yang mulia diajar oleh Keramat Nik Aziz untuk dijadikan panduan oleh Komunis DAP. Adakah BTN mengajar kursus menghina pemimpin? Saya bimbang modul baru yang akan diperkenalkan oleh PR di Selangor untuk menggantikan BTN adalah modul memijak kepala pemimpin yang tidak sealiran dengan mereka.
baca lagi disini
Sebahagian yg saya sempat muatkan luahan blogger, semoga orang2 melayu yang berada di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang lebih terbuka hati mereka kini...

ANWAR GANAS

Wawancara Tamadun (Julai 1998, 2 bulan SEBELUM Anwar dipecat) Dengan Mohd Sabu Mengenai Siapa Anwar Sebenarnya....klik disini untuk membaca

'Kami terhina'....Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang


Hari ini saya terpanggil untuk mengucapkan syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang kerana mungkin telah berjaya untuk menunjukkan sesuatu kepada masyarakat khususnya di Parlimen Pasir Gudang kerana keperihatinan mereka di bawah Biro Kebajikannya dengan memberi bantuan kepada yang memerlukan.Baca lagi

Dengan apa yang Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang lakukan hari ini sedikit sebanyak akan mengurangkan dan mengubati calar calar yang ada di dalam Pergerakan tersebut, saya percaya hari ini Pergerakan Pemuda sudah dapat suntikan daripada persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang lepas, jadikan lah apa yang di perkatakan oleh perwakilan sebagai pekara yang positif, suatu cabaran atau suatu bekal bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian untuk melayari bahtera perjuangan.

Hari ini kalau kita lihat kebajikan merupakan tiket kepada kita untuk mendekati rakyat di peringkat bawahan yang seringkali juga di pergunakan oleh pihak pembangkang untuk menyelar perjuangan UMNO kerana kononnya ketidak perihatinan kita, kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang satu atau dua kes yang membabitkan keperluan unutk pekara kebajikan maka satu dan dua pekara tersebut boleh di gunakan pembangkang untuk menidakkan perjuangan dan keperihatinan kita.

Maka saya berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di bawah kelolaan Biro Kebajikannya agar dapat mengerahkan Pergerakan Pemuda di peringkat akar umbi agar dapat mengenal pasti kebajikan yang perlu di salurkan kepada masyarakat di cawangan masing-masing, saya percaya kebajikan bukan sahaja menjurus kepada wang ringgit tetapi juga sentuhan keperihatinan yang perlu kita tunjukkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dengan slogan 1Malaysia dan harapan saya juga agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dapat memainkan peranan untuk menjadi jambatan kepada golongan yang memerlukan dengan angensi-angensi kerajaan yang dapat menyalurkan bantuan mengikut keperluan golongan yang hendak di bantu.

Saya sentiasa berpesan yang mana Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merupakan barisan di hadapan, maka Pemuda Bahagian harus mendahului dalam sesuatu hal membabitkan apa sahaja pekara yang membabitkan keperluan masyarakat, kurangkanlah perjuangan yang bertuankan orang-orang tertentu perjuangan harus ikhlas demi Agama Bangsa dan Negara, saya percaya masaalah di dalam Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang sekarang hanya masaalah terlampau mengikut telunjuk orang yang tertentu, bimbang terlangkah bendul, bimbang konon tidak menghormati pemimpin Bahagian kononnya Bahagian harus di dulukan.

Tetapi bagi saya dalam hal untuk bantuan kebajikan kenapa perlu banyak birokrasi?.

Selangor rasmi boikot program BTN

Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

"" Kerajaan Pakatan Rakyat selangor yang di pelopori oleh PKR, DAP dan PAS memboikot program BTN yang mereka katakan program tersebut hanya menanamkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang selain daripada isu perkauman tetapi kerajaan BN mempertahankan progran BTN dengan menyatakan yang mana program tersebut yang di katakan dapat menanamkan dan menerapkan nilai murni, disiplin, semangat berpasukan dan hormat menghormati kepada peserta agar dapat mengatur kehidupan lebih baik, jadi lebih berani dan yang penting mempunyai disiplin tinggi terutama dalam menjaga amanah.

Hari ini rata rata pemimpin UMNO seluruh negera menyelar sikap pemimpin pembangkang yang hanya baru memboikot program BTN di selangor, saya tertarik dengan pemimpin UMNO yang mengatakan Pakatan Rakyat sudah mulai nak hilang kuasa justeru memboikot BTN? ataukah Pakatan Rakyat kini mulai sudah hendak berkuasa penuh di Selangor atau negeri2 yang sama waktu dengan mereka?

Hari Aiduladha saya berkesempatan beraya di Selangor dan bersembahyang Aiduladha di Masjid Ampang dan dengan biasanya khutbah nya tidak megikut teks tetapi berkisar kepada kebaikan yang telah kerajaan selangor sedia ada dan menunjukkan kelemahan kerajaan terdahulu, walaupun di selang seli dengan pengertian korban dalam rumah tangga.

Di Kesempatan itu dapatlah saya meronda ronda sekitar Ampang yang parlimen dan Adun nya dikuasai oleh kerajaan pakatan rakyat, apa yang menyedihkan saya tidak ada satu pun kain rentang dari UMNO Selangor ( yang kini pembangkang di Selangor) khususnya di Ampang untuk menyambut atau mengucapkan kedatangan Hari Raya Aiduladha kepada masyarakat di sekitarnya, mana pergi pemimpin UMNO Bahagian, berbeza pula pembangkang di Johor apabila saya mengambil kesempatan untuk pulang ke johor bahru melalui jalan persekutuan, maka banyaklah kain rentang dari parti PAS di sepanjang kawasan yang mempunyai kampung2.

Justeru adakah benar kata pemimpin UMNO yang mana Pakatan Rakyat akan hilang kuasa dan terpaksa memboikot BTN di Selangor dan negeri2 yang sewaktu dengan nya? atau UMNO yang akan terus berkubor di Selangor atau negeri2 yang sewaktu dengan nya?

Saturday, November 21, 2009

PKR BENCI PKR




Setelah sekian lama, saya kembali ke dunia blogging dengan satu isu menarik mengenai seorang ahli parlimen PKR. Siapalah lagi kalau bukan YB Gobalakrishnan @ gangster PKR.

Saya sertakan satu surat aduan dari pejabat PKR Cabang Kulim Bandar Baharu terhadap YB Gobalakrishnan dimana beliau telah menceroboh bilik setiausaha pejabat MPKK dan menunjukkan aksi hebat gangster beliau kepada pegawai disana.

Beliau turut membawa konco-konco dan anak beliau untuk membuat kecoh di pejabat tersebut. Saya tidak faham mengapa beliau bertindak begitu ganas dalam isu penjaja ini dimana beliau boleh berbincang dengan pegawai berkenaan. Inikah perangai MP yang perlu menjaga kepentingan masyarakat. Beliau hanya hendak mencari publisiti dan suka membuat kecoh untuk kepentingan sendiri beliau. Saya berpendapat anak beliau atau kawan-kawan beliau merupakan penjaja di kawasan tersebut dimana beliau dapat komisyen dari keuntungan mereka

YB Gobala juga bertindak kasar kepada pihak polis dimana beliau perlu menyelesaikan isu ini dengan damai. Beliau juga perlu menghormati pihak Polis yang tiba untuk meleraikan kekecohan yang berlaku.

Inilah perangai YB Gobala yang x berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya tau untuk membuat kecoh. Saya rasa bagi beliau gelaran YB tu bukan "Yang Berhormat" tapi "Yang Berkecoh"

Bukan sahaja isu ini, saya juga pernah mendengar desas desus bahawa YB Gobala merupakan seorang perogol. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana khabar angin ini benar. Say juga berharap khabar angin ini tidak benar tetapi kalau dibuktikan benar, saya tidak tahu nak cakap macam mana.

Inilah perangai ADUN dan MP PKR dimana kebanyakan mereka disabitkan dengan pelbagai kesalahan.Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan gimik Pakatan Rakyat yang hanya membuat janji-janji kosong.

Sebenarnya sebelum saya menulis blog ni, saya agak keliru kerana saya merupakan seorang penyokong Barisan Nasional tetapi surat ini dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat dari parti Keadilan. Mungkin sahabat tersebut tidak dapat tahan lagi dengan perangai YB (Yang Berkecoh) Gobala.

Saya berharap semua yang membaca blog ini untuk berfikir sejenak mengenai masa depan negara kita jika Pakatan Rakyat diberi kuasa menjadi kerajaan persekutuan. Banyak lagi pejabat kerajaan akan diceroboh masuk. Kalau beliau boleh bertindak kasar dengan pihak Polis dan pegawai kerajaan, apakah nasib rakyat?

sumber dari PadmaKing.blogspot.com

6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.
Baca lagi

""Untuk menjadi pemimpin bukan nya pekara yang mudah, kena bersedia dengan fizikal dan mental yang baik, segala rekod mesti bersih agar kita satu hari nanti tidak di pertikaikan, hari ini wang bukan lagi segalanya, keperibadian yang baik ikhlas dan bertanggongjawab dengan jawatan yang kita tawarkan untuk bertanding, tidak boleh lagi mengharap pada sokongan rakan rakan semata mata, bimbang sokong bawa rebah.

UMNO bukan hak individu, maka jangan ingat nak jadi pemimpin hanya untuk "glamour" semata mata. Bila kita tawarkan diri maka kita adalah hak UMNO dan harus memastikan segala apa yang kita lakukan untuk kepentingan UMNO dan kita mulakan dengan kepentingan ahli ahli UMNO kerana ahli ahli merupakan akar dan umbi, kerana ahli merupakan pencorak kepada bakal kepimpinan.

Kita tidak tahu apa yang berlaku dengan kepimpinan Pergerakan Pemuda Kota Tinggi, tetapi saya percaya sesuatu perubahan drastik harus di lakukan dan apa yang di lakukan mungkin telah mendapat sokongan dan tidak akan menjejaskan perpaduan pergerakan Pemuda secara keseluruhannya dan kepada Kepimpinan Ketua Pemuda Kota Tinggi agar menerimanya dengan ikhlas dan bertanggongjawab.""

Friday, November 20, 2009

Perbuatan Hina Melayu



Tok Janggut - Pahlawan Kelantan Yang Berjuang Menentang Penjajah


Ibarat melepaskan anjing tersepit. Itulah ibarat yang boleh dikatakan kepada Wee Meng Chee. Melihat video you-tube terbaru beliau berkenaan TNB jelas menunjukan sikap sebenar beliau. Sikap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain serta menunjukkan kononnya beliau orang yang berani. Sedangkan apa yang ditunjukan jelas berbaza dengan adab dan nilai ketimuran yang ada di Malaysia. Kalau beginilah sikap beliau maka tidaklah pelik kalau memikirkan kenapa dia sanggup membuat video clip memperbodohkan negara ku baru-baru ini ( dimaafkan kononnya telah bertaubat...ciss..).


Kita cuma menunggu apakah reaksi bangsa Melayu yang menyokong parti politik lain di Malaysia selain UMNO. Apakah sikap mereka sebenarnya? Apakah mereka akan lebih taksub kepada parti atau masihkah ada semangat cintakan bangsa sendiri. Cuma satu yang saya nak sampaikan, bahasa Melayupun tidak akan dapat kita daulatkan jika bangsa Melayu itu sendiri sudah tidak ada.
Unutk bacaan seterusnya silalah ke sini

Saturday, November 14, 2009

Sudah bertukar Sumpah laknat



Kalau sudah jenis putar belit dan putar alam sekarang mereka yang kononnya berjuang dengan islam, sorang cakap ada, sorang cakap tidak ada, ada yang cakap tidak tahu menahu bilamana pekara sumpah bai'ah cerai isteri ini sibuk menjadi bahan bagi menunjukkan kepada rakyat betapa PAS mempergunakan islam sebagai politik sempit mereka.

Setiausaha agung PAS berkata Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

walaubagaimanpun beliau masih mengaku lagi yang ada Bai'ah PAS yang jatuh talak 3 terhadap isteri tetapi "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Maka nya al-khalid Samad gereja sahajalah yang di kenakan atau khalid sendiri yang rela hati melafaz Bai'ah menceraikan isteri talak tiga sekiranya engkar dengan parti, bagi menutup segala kemungkaran mereka, terima sahaja lah Khalid, sendiri cari pasal, nak jadi hero siapa khalid?, ataupun khalid ada bercadang nak ceraikan isteri?, Semakin lama perjuangan PAS semakin mengarut, mungkin akan banyak lagi pendedahan perjuangan mengarut PAS yang mempergunakan islam sebagai perjuangan mereka selain menjanjikan syurga kepada penyokong mereka. baca disini

Thursday, November 12, 2009

Saya Bukan Ajak Tapi Suruh Asri Masuk PAS


Saya Bukan Ajak Tapi Suruh Asri Masuk PAS kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib sambung Datuk Harun lagi Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah"tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Asri menyertai PAS.

Beginlah lah putar belit ulama PAS, cakap pun berpusing pusing, ajak ke suruh ke sama sahaja, apa yang perlu kita tahu, Pemimpin PAS suka meneguk di air yang keruh, mencari mereka yang ramai pengikut, selalu mencari kerja mudah, dan siri penangkapan Bekas Mufti Perak adalah merupakan salah satu daripada agenda mainan politik PAS bagi tujuan unutk menarik beliau untuk menyertai PAS dan kita akan melihat seorang lagi manusia yang bertaraf auli dan ambia akan di pesongkan akidahnya dalam politik kotor PAS yang kononnya menjadikan agama islam sebagai teras perjuangan mereka.

Saya berharap agar Dr Asri dapat berfikir dengan baik bagi meneruskan niat baik beliau untuk berdakwah, harapan agar beliau tidak berada di dalam mana mana pihak, tetapi dapat memberi komen dan berdakwah bagi keseluruhan umat demi kebaikan agama islam tanpa terikat dengan parti politik apatah lagi dengan PAS yang hanya menjadikan islam sebgai landasan politik kotor pemimpin ularmak PAS yang hanya gilakan kuasa dan kekayaan semata mata.

Monday, November 9, 2009

USD120,000 satu jam bayar Dr. Prontip aka Dr. Meletop



Dr. Porntip diupah sebegini besar semata-mata untuk menegak benang basah. Gurband Singh, keluarga Hock dan Pakatan berasa kes ini tidak memihak kepada mereka kini di penghujung mahkamah untuk diadili.


PAKAR Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan diberi bayaran sebanyak USD120,000 bagi setiap satu jam sejak berada di Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Porntip ditugaskan untuk menimbulkan keraguan terhadap memeriksa dan bedah siasat yang dilakukan oleh pakar dari Malaysia, iaitu Dr. Khairul Azman dan Prashant.

Kerajaan Selangor telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan Dr. Porntip dan berjanji akan menyelesaikan kes ini dalam masa sehari sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku.

Adakah perbelanjaan tambahan akan dikenakan sekiranya Dr. Porntip tinggal lebih lama di Malaysia?

Bayangkan berapa jam sehari Dr. Porntip 'disewa' oleh Kerajaan Selangor selain menyediakan hotel yang disewa khas bernilai RM800.00 semalam, diberi elaun perbelanjaan untuk makanan, 'claim elaun' kerana bertugas di luar negara sebanyak USD 20,000 sehari, tiket kapal terbang dan turut menyediakan pakaian.

Kenapa Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim meluluskan wang sebanyak itu semata-mata untuk membela keluarga Teo Beng Hock sedangkan masih ramai pakar tempatan yang boleh diupah dengan murah untuk tujuan yang sama?

Adakah pakar perubatan dan forensik di Malaysia semuanya tidak betul dan berat sebelah apabila menyatakan kebenaran yang Teoh membunuh diri atau dibunuh oleh rakannya sendiri?

Melalui sumber yang terdekat (maaf abe MIE tidak boleh dedahkan) dengan Khalid Ibrahim, dua minggu lepas, atas desakan pihak tertentu, Gurband Singh telah memohon kelulusan dari Khalid Ibrahim untuk membayar 'sewa' dengan menggunakan hasil Kerajaan Negeri Selangor kepada Dr. Porntip semata-mata menimbulkan keraguan pada kes kematian dengan hanya MENELITI GAMBAR YANG DIBERIKAN SAHAJA.

Menurut Gurband Singh, populariti Dr. Porntip mampu mempengaruhi saksi-saksi mahkamah sebelum ini. Sekiranya PENDAPAT Dr. Porntip diguna pakai untuk kes ini sudah tentu pakar-pakar perubatan dari Malaysia akan dimalukan sebagaimana stereotaip (anggapan buruk) diberikan kepada agensi kerajaan yang lain, antaranya polis, SPRM, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), JPA dan lain-lain lagi oleh rakyat Malaysia.

Siapa Dr. Porntip?

Dr. Porntip merupakan seorang pakar forensik terkenal di peringkat antarabangsa dan kini bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Kenapa Dr. Porntip dipilih menjadi doktor penyiasat persendirian untuk kes ini sedangkan pelbagai saksi telah memberi keterangan seolah-olah memberi gambaran keluarga Teoh, Gurband Singh dan Pakatan Rakyat akan tewas dalam kes ini.

1. Orang pertama memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk kegunaan di Mahkamah Thailand bagi kes-kes kematian yang tidak mempunyai saksi.

2. Pada tahun 2005, pernah menjalankan kajian ke atas mayat-mayat yang reput akibat mangsa Tsunami untuk dituntut oleh keluarga dan saudara mara.

3. Pada tahun yang sama, National Geography membuat satu rakaman dokumentari mengenai tugasnya di wilayah Phang Nga ketika mengkaji mayat mangsa Tsunami.

4. Diupah untuk menyiasat kematian pelakon kungfu terkenal dari Hollywood, David Carradine di dalam sebuah bilik hotel di Bangkok. Beliau telah membuat siasatan dengan melenyapkan andaian terhadap David kononnya dibunuh oleh pihak tertentu sedangkan pelakon berkenaan membunuh diri ekoran terdapat bahan kimia yang dipanggil autoerotic asphyiation di dalam tubuh David.


Semasa perbicaraan pada 21 Oktober 2009 yang lepas, Dr. Porntip ditanya oleh Peguam Tan Hock Chuan, "setujukah memandangkan kamu tidak memeriksa dan membedah siasat mayat Beng Hock, tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, adalah tidak tepat kamu menganggarkan peratusan tersebut.

(Maksudnya, dengan hanya melihat gambar, Dr. Porntip membuat andaian kemungkinan besar atau 80 % Beng Hock dibunuh dengan melihat kesan hentakan di buntut dan kepala.)

Kata Dr. Porntip, "Saya tidak perlu melihat mayat kerana menjaga hak mayat tersebut".

Sambungnya lagi, "Dalam kes ini saya tidak mengetahui yang ia sudah melibatkan isu politik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya membentangkan PENDAPAT KEPADA MAHKAMAH BERDASARKAN PERMOHONAN PEGUAM". (petikan dari Utusan Malaysia)

Dr.Porntip juga sedia melihat rangka mayat Beng Hock dan menjalankan bedah siasat kali kedua.
sumber dari unit UMB

Saturday, November 7, 2009




Gambar di atas di rakam kan dalam sebuah Masjid di Taman Sri Andalas, kalau di amat amatikan ianya adalah seperti seorang ustaz yang bertauliah sedang memberi kuliah agama dan kalau kita lihat dari bentul susuk tubuh dan warna kulit ianya seperti keturunan India Islam ( Mamak ), tapi yang sebenarnya beliau adalah india kristian yang di beri peluang oleh Ajk Masjid Jamek Ar-Rahimiah terbabit sempena majlis berbuka puasa lepas beliau merupakan wakil rakyat penduduk di sana dan saya percaya satu2nya wakil rakyat yang di beri peluang di selangor untuk memberi ceramah di masjid

Dr Xavier Jayakumar, yang juga ADUN Seri Andalas dan merupakan seorang dari anggota exco Negeri Selangor dan kini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga merupakan ADUN PKR bagi Seri Andalas berucap di dewan utama masjid itu tindakan ini di ambil atas sebab bantahan yang di lakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian terbabit

Inilah kini apa yang telah berlaku di Selangor, bermula dengan orang bukan Islam beceramah mengunakan ayat ayat suci al-Quran, bantahan azan dan kini mereka memasuki masjid unutk berceramah politik, menurut pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid.

Pakatan Rakyat ada di dalamnya ada parti yang kononnya berjuang atas dasar islam semata mata i( PAS) oleh kerana dah gila kuasa maka halal dan haram sudah mula di ketepikan, kalau lah ianya berlaku di Johor, pasti melalak sakan parti PAS untuk menunjukkan UMNO dah sesat lah, jahil lah, UMNO terdesak lah, rupa2nya mereka mereka ini tahu bercakap saja.

Ini pendapat sorang dari Ajk Masjid yang terbabit dan saya percaya beliau adalah orang dalam parti yang kononnya berjuang bersama islam ( PAS ) kata beliau seseorang bukan Islam tidak sepatutnya dilarang memasuki masjid kerana ada juga masjid yang perlu dimasuki oleh bukan Islam untuk tujuan-tujuan lain, termasuk penyelenggaraan."Saya fikir begitu, contohnya kontraktor yang buat masjid atau yang masuk masjid untuk baiki lantai marmar dan sebagainya, jadi perkara ini bukan menjadi satu isu," katanya.

Apalah bangang punya pendapat, kontraktor nak di samakan dengan orang kristian yang beri ceramah di masjid dan saya rasa kehadiran Dr Xavier jayakumar ini merupakan kunjung balas dengan Khaleed Samad pesuruhjaya PAS selangor yang di katakan mempunyai rekod jenayah yang kini menjadi AP Shah Alam semasa beliau berceramah di gereja bagi tujuan menyokong orang kristian mengunakan nama Allah SWT.

JANGAN MARAHKAN NYAMUK KELAMBU NAK DI BAKAR PULA

hari ini Sabtu 7 november saya terbaca satu artikel di setiap dada akhbar mengenai satu kes seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi sebelum itu mengambil kesempatan terhadap bakal anak tirinya sepuloh hari sebelum berlansungnya pernikahan lelaki tersebut dan kes ini telah berlaku empat tahun yang lepas dan tahun ini lelaki terbabit di jatuhkan hukuman dan walaupun hukuman tersebut tidak setimpal dengan perbuatannya.

Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai status lelaki yang tersebut, di kebanyakan dada akhbar mengatakan yang mana status lelaki terbabit adalah hanyalah bekas seorang juruteknik, tetapi di akhbar berjenama KOSMO yang di terbit dan di cetak oleh Utusan Melayu (M) berhad telah menyiarkan berita tersebut dengan tajuk "Bekas Setiausaha Parti Politik diPenjara, diSebat" di mukas surat 8 halaman Negara dengan secara terang penulis menyatakan parti politik tersebut adalah UMNO siap dengan Cawangan sekali, yang menarik perhatian saya lagi di dalam akhbar yang sama di muka surat lain terpapar kesah yang hampir sama dengan tajuk seorang "Lelaki Tua Merogol budak dipenjara sepuluh tahun" tetapi tidak pula di nyatakan statusnya dari parti politik mana?

Bagi saya penulis Harian KOSMO ini mempunyai niat yang jahat apabila mengaitkan UMNO dalam masaalah peribadi lelaki terbabit, seolah olah penulis ingin mengatakan yang mana UMNO adalah kilang kejahatan dan kesalahan lelaki terbabit juga di tujukan kepada Ahli UMNO keseluruhannya. Saya berpendapat sememangnya penulis berniat jahat ingin memalukan UMNO keseluruhannya dengan menjadikan lelaki tersebut sebagai bahannya untuk tujuan jahatnya.

Maka saya berharap agar penulis atau wartawan lebih bertanggongjawab dan berhati hati agar masaalah peribadi tidak di kaitkan dengan mana mana parti politik kerana apabila di sebut UMNO maka ianya terbabit kepada seluruh ahli termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib kena tanggong kesalahan peribadi lelaki terbabit.

Untuk makluman kepada penulis KOSMO terbabit bahawa jangan ingat semua orang parti politik yang lain baik baik nelaka, selagi kita ini manusia kita tidak akan lari dari kesilapan tetapi jangan lah menghukum kesilapan peribadi orang dengan mengaitkan parti dan perjuangan orang terbabit kerana ini akan boleh mengundangkan kemarahan ahli UMNO keseluruhannya yang ikhlas untuk melaksanakan perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara.