Followers
Monday, October 12, 2009
Tahniah Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
Sokongan yang diberikan rakyat melalui keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jelas memberi mesej penerimaan mereka terhadap gagasan yang diperkenalkan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN)......?
Atau adakah keputusan tersebut berpihak kepada kerajaan BN kerana Bagan Pinang merupakan kubu kuat BN...?
Adakah rangka yang di ilham oleh PM dan kepimpinan BN, di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, menjadi inspirasi yang menarik yang menjadi penyebab kepada kemenangan di Bagan Pinang?
Atau adakah kekerasan dan agresif jentera pembangkang dalam berkempen menjadi punca kemenagan BN.....?
Apapun Tahniah kepada Ahli UMNO dan komponen BN yang bekerja kuat di Bagan Pinang yang untuk memastikan calon UMNO menang dan saya percaya ahli UMNO dan komponen BN tidak mengambil kira siapa yang di pertaruhkan tetapi memastikan BN menang dalam pilihanraya tersebut, semoga Tan Sri Mohd. Isa dapat menunaikan tanggjawab beliau dengan sebaik mungkin dan saya percaya dengan kemenagan ini juga beliau dengan secara otomatiknnya membersihkan diri beliau dari segala gejala yang tidak sehat di dalam karier politik beliau.
Tapi yang menjadi terkilan dengan senario PRK Bagan Pinang kali ini adalah ensiden pergaduhan dari kedua dua pihak yang bertanding, sehingga terdapat pertumpahan darah walaupun kecil, adakah ini akan menjadi pencetus kepada setiap kali PRK di adakan atau adakah pekara ini akan berlaku sekiranya PRU13 nanti? adakah PRU13 kali ini kita akan menyaksikan PRU13 yang paling burok dalam sejarah negara kelak.
SPRM dan pihak berkuasa yang bertanggongjawab harus melakukan sesuatu agar pekara yang boleh menjejaskan keselamatan negara tidak berlaku, apakah genarasi kali ini akan dapat melihat bagaimana negara kini tidak lagi aman dalam memilih kerajaan yang akan memerintah atau adakah dengan kekerasan sahaja sesuatu parti politik boleh memerintah negara?
Dari sessi PRK yang berlangsung sebelum dan sehingga kini saya percaya rakyat dapat menilai kini siapa yang suka melakukan provokasi melampau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment