Followers
Monday, October 5, 2009
PAS PENIPU GUNA SURAT TIPU...KU NAN NAFI KELUAR SURAT
Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan supaya memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Antara kandungan surat palsu itu, yang kini dimuatkan di laman web Umno-Online dituliskan seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."
Katanya beliau meminta agar jentera parti memantau perkara itu dan kalau ia berlarutan dan terus dijadikan modal politik parti pembangkang, beliau bercadang untuk melaporkan kepada polis.
" Saya berharap akan ada satu tindakan sewajarnya di ambil oleh Tengku Adnan, sekiranya pekara ini tidak benar. oleh kerana pekara ini telah tersebar maka tidak sepatutnya Tengku hanya bercadang untuk membuat lapuran polis, ini bukan pekara yang patut di buat pilihan, kerana menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu yang kononnya ditandatangani oleh Tengku adalah satu pekara yang serius, tindakan sewajarnya harus di ambil supaya mereka yang terbabit mengeluarkan dan mengunakan surat rasmi itu di kenakan tindakan makamah.
Begitu jugalah kalau kita lihat hari ini setakat ini di laman laman web khususnya bagi penyiaran berita yang kononnya tidak berpihak pada mana2 kini banyak menyiarkan tentang permasalahan yang berlaku di kawasan parlimen Bagan Pinang yang perlukan pembelaan ini juga harus di ambil tindakan sewajarnya.
Jangan berharap rakyat Bagan Pinang akan berminat dengan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat yang di war-warkan oleh Tan Sri Isa Samad akan dapat menghambat hati rakyat, bagi saya itu suatu yang besar yang jelas dan nampak, cari lah pekara yang tersembunyi perkara yang terlepas pandang pekara yang sepatutnya kita beri pembelaan.
Orang yang terlampau kenyang selalunya lupa dengan orang yang sedang lapar di sekelilingnya, istilah seperti ular sawa, turun padang jangan terlampau mendogak ke atas sesekali jengok jengok lah ke bawah, mungkin pembangkang tidak boleh menjanjikan pekara yang besar dan kita mesti ingat golongan bangsawan tidak seramai golongan bawahan yang perlu di beri perhatian, jangan dekati mereka tapi bantu mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment