Followers

Thursday, October 29, 2009

BIRO LATIHAN MONOPOLI KEM….?

Lama tidak menulis rindu pula rasa…….Hari ini saya cuba untuk memberanikan diri dengan ungkapan memang pahit untuk bercakap benar, apatah lagi apabila kita cuba untuk bercakap atau memberi komen kepada perjuangan kita sendiri, bimbang kita akan di salah tafsirkan, bimbang kita akan di anak tirikan dan bimbang blog kita akan di boikot, atau kita akan di cop sebagai pengkhianat dalam parti kerana meluahkan sesuatu pekara di dalam jalur lebar yang boleh menjejaskan seseorang khususnya pemimpin atau pertubuhan itu sendiri.

Hari ini saya percaya sesuatu pekara harus di luahkan secara telus dan mestilah lebih terbuka, kalau kita tertutup tindakan sewajarnya tidak akan di lakukan dan mereka yang bertanggungjawab akan mengambil sikap sambil lewa dan lebih kepada ungkapan “biarkan lah”

Sebelum kita pergi terlampau jauh, mari kita tumpukan pada pekara tajuk. Di dalam UMNO Bahagian Pasir Gudang. Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian telah membahagi beberapa Biro dan setiap Biro mempunyai peranan yang tertentu dalam mendekatkan diri kepada ahli dan masyarakat khususnya orang orang melayu dan setiap Biro juga mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej mereka dan saya percaya setiap mesej mesej yang hendak di sampaikan mestilah satu satu program harus di laksanakan atau di wujudkan sebagai contoh kem motivasi yang memberi kesedaran kepada masyarakat atau ahli berketetapan dengan peranan Biro itu sendiri

Tapi sayang program-program kem seperti itu hanya di monopoli oleh Biro Latihan, hanya Biro Latihan sahaja yang berhak melakukan program-program berbentuk kem atau mengumpolkan ahli dan masyarakat maka Biro Biro yang di wujudkan oleh YB Datuk Seri Ketua UMO Bahagian yang lainnya hanya turun padang dan masuk lobok jumpa segelintir, seorang atau dua itu pun ketua-ketua UMNO dan kalau bernasib baik dapatlah satu atau dua kerat ahli biasa kemudian duduk di kedai mamak mengeteh sampai pagi dan mesejnya mendekatkan diri dengan masyarakat……?

Saya lebih suka dengan sikap terbuka YB Datuk Seri Ketua UMO Bahagian Pasir Gudang bila saya berpeluang bersama berbincang dengan beliau, yang mana beliau mengalakkan agar ada pendekatan untuk mengadakan program program kem yang dapat mengumpulkan masyarakat yang bukan dari kalangan ahli UMNO sahaja tetapi NGO NGO atau siapa sahaja yang ruang lingkupnya luar dari kalangan ahli UMNO tetapi berminat dalam fahamam politik, dengan memberi kesedaran kepada mereka, beliau bercakap bukan tertumpu kepada Biro Latihan tetapi kepada Biro lain yang boleh atau ada potensi untuk melakukan program kem yang bersesuaian dengan biro tersebut, maka bersemangatlan Pengerusi Biro tersebut apabila ada galakan dari YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian, maka buat lah satu mesyuarat dan Kem Motivasi termasuk dalam agenda, tapi sayang bila mesej ini atau baru hendak buat kertas kerja berpandukan kemahuan YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian, ianya di bangkang oleh Ajk Biro Latihan yang berada di dalam Ajk beliau sendiri dengan mengatakan yang mana setiap program berbentuk kem adalah milik Biro Latihan? Yang realnya (dengan izin) Pengerusi Biro ini akur dan mengaku Biro lain tidak boleh melaksanakan program berbentuk Kem, sedangkan beliau sendiri yang bersemangat untuk melaksanakan kerana beliau juga telah mendapat mandat dari YB Datuk Seri UMNO Bahagian, itu baru Ajk Biro Latihan yang tegur kalau Pengerusi Biro Latihan yang tegur?

Ini lah yang saya rasa masaalah di dalam mana mana Bahagian, Pengerusi Pengerusi bimbang di antara satu sama lain, takut akan berlaga atau melakukan kerja hanya kepada skop yang telah di berikan, takut terlaksana skop kerja Biro Biro lain dan mulalah akan berlaku prgeseran antara satu sama lain, konon2 masing masing ingin menunjukkan siapa lagi bagus, tuduh menuduh masing masing nak tunjuk pandai. nak tunjuk aku lah bekerja depan Bos, tapi kalau melihat kepada dasar perjuangan khususnya dalam politik ianya tidak ada skop tidak ada garisan tidak ada sekatan tidak ada kotak, yang penting kita tidak lari dari dasar perjuangan dan yang penting Biro yang terbabit ada cara tersendiri untuk menyampaikan mesej biro yang terbabit dan kalau di lihat dari perspektif Bahagian setiap program Biro Bahagian adalah Program Bahagian dan semua AJK Bahagian termasuk YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian juga akan terbabit.

Bagi saya apa yang penting adalah golongan sasar yang harus di beri perhatian apakah golongan sasar Biro Biro yang ingin membuat program berbentuk kem, kalau balik balik ketua ketua cawangan dan ajk cawangan adalah lebih baik saya cadangkan YB Datuk Seri sendiri yang buat Kem Motivasi…..

Tuesday, October 13, 2009

PAS gagal, dekati pengundi waktu p'raya


Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, antaranya, berpunca daripada kegagalan parti itu dan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di negeri yang di menangi mereka ini berita yang di petik setelah kekalahan yanag memalukan mereka di Bagan Pinang.

Sesuatu yang menarik untuk di perkatakan kepada parti yang kononnya berjuang untuk Islam sebagai teras perjuangan, rakan rakan mereka nak memberi perkhidmatan apa?...setiap kali di adakan PRK atau PRU, parti PAS mesti mengunakan kekerasan dan juga akan berkempen dengan mengeluar pekara pekara fitnah dan caci maki semata mata terhadap pihak lawan mereka, itu sahaja lah perkhidmatan yang boleh di berikan Parti PAS kepada rakyat dan kita percaya rakan rakan mereka pun dah mulai bimbang dengan keganasan yang di bawa oleh rakan mereka yang kononnya berjuang kan Islam parti PAS

Malah kalau kita lihat di tempat yang mereka menangi pula dalam kempen kempen sebelum jadi pemimpin maka berjanji lah nak melaksanakan itu dan ini dan pelbagai lah kebaikan sekiranya di beri peluang memimpin, tapi pemimpin PAS hanya "cakap tak serupa bikin", tapi bila sudah berada di atas "kerusi empok" apa yang nak di laksanakan rupanya susah hendak di laksanakan, apa yang mudah sekarang bagaimana nak masukkan duit dalam kantung mereka dan keluarga terdekat mereka dengan peruntokan yang di salurkan kepada mereka melalui projek2, ujung2 "kata dulang paku serpih".

Macam mana nak beri perkhidmatan terbaik sedangkan pemimpin PAS pun tidak ada yang baik dari segi mental dan fizikal......

Monday, October 12, 2009

Tahniah Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad


Sokongan yang diberikan rakyat melalui keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jelas memberi mesej penerimaan mereka terhadap gagasan yang diperkenalkan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN)......?

Atau adakah keputusan tersebut berpihak kepada kerajaan BN kerana Bagan Pinang merupakan kubu kuat BN...?

Adakah rangka yang di ilham oleh PM dan kepimpinan BN, di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, menjadi inspirasi yang menarik yang menjadi penyebab kepada kemenangan di Bagan Pinang?

Atau adakah kekerasan dan agresif jentera pembangkang dalam berkempen menjadi punca kemenagan BN.....?


Apapun Tahniah kepada Ahli UMNO dan komponen BN yang bekerja kuat di Bagan Pinang yang untuk memastikan calon UMNO menang dan saya percaya ahli UMNO dan komponen BN tidak mengambil kira siapa yang di pertaruhkan tetapi memastikan BN menang dalam pilihanraya tersebut, semoga Tan Sri Mohd. Isa dapat menunaikan tanggjawab beliau dengan sebaik mungkin dan saya percaya dengan kemenagan ini juga beliau dengan secara otomatiknnya membersihkan diri beliau dari segala gejala yang tidak sehat di dalam karier politik beliau.

Tapi yang menjadi terkilan dengan senario PRK Bagan Pinang kali ini adalah ensiden pergaduhan dari kedua dua pihak yang bertanding, sehingga terdapat pertumpahan darah walaupun kecil, adakah ini akan menjadi pencetus kepada setiap kali PRK di adakan atau adakah pekara ini akan berlaku sekiranya PRU13 nanti? adakah PRU13 kali ini kita akan menyaksikan PRU13 yang paling burok dalam sejarah negara kelak.

SPRM dan pihak berkuasa yang bertanggongjawab harus melakukan sesuatu agar pekara yang boleh menjejaskan keselamatan negara tidak berlaku, apakah genarasi kali ini akan dapat melihat bagaimana negara kini tidak lagi aman dalam memilih kerajaan yang akan memerintah atau adakah dengan kekerasan sahaja sesuatu parti politik boleh memerintah negara?

Dari sessi PRK yang berlangsung sebelum dan sehingga kini saya percaya rakyat dapat menilai kini siapa yang suka melakukan provokasi melampau.

Monday, October 5, 2009

PAS PENIPU GUNA SURAT TIPU...KU NAN NAFI KELUAR SURAT


Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan supaya memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Antara kandungan surat palsu itu, yang kini dimuatkan di laman web Umno-Online dituliskan seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Katanya beliau meminta agar jentera parti memantau perkara itu dan kalau ia berlarutan dan terus dijadikan modal politik parti pembangkang, beliau bercadang untuk melaporkan kepada polis.

" Saya berharap akan ada satu tindakan sewajarnya di ambil oleh Tengku Adnan, sekiranya pekara ini tidak benar. oleh kerana pekara ini telah tersebar maka tidak sepatutnya Tengku hanya bercadang untuk membuat lapuran polis, ini bukan pekara yang patut di buat pilihan, kerana menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu yang kononnya ditandatangani oleh Tengku adalah satu pekara yang serius, tindakan sewajarnya harus di ambil supaya mereka yang terbabit mengeluarkan dan mengunakan surat rasmi itu di kenakan tindakan makamah.

Begitu jugalah kalau kita lihat hari ini setakat ini di laman laman web khususnya bagi penyiaran berita yang kononnya tidak berpihak pada mana2 kini banyak menyiarkan tentang permasalahan yang berlaku di kawasan parlimen Bagan Pinang yang perlukan pembelaan ini juga harus di ambil tindakan sewajarnya.

Jangan berharap rakyat Bagan Pinang akan berminat dengan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat yang di war-warkan oleh Tan Sri Isa Samad akan dapat menghambat hati rakyat, bagi saya itu suatu yang besar yang jelas dan nampak, cari lah pekara yang tersembunyi perkara yang terlepas pandang pekara yang sepatutnya kita beri pembelaan.

Orang yang terlampau kenyang selalunya lupa dengan orang yang sedang lapar di sekelilingnya, istilah seperti ular sawa, turun padang jangan terlampau mendogak ke atas sesekali jengok jengok lah ke bawah, mungkin pembangkang tidak boleh menjanjikan pekara yang besar dan kita mesti ingat golongan bangsawan tidak seramai golongan bawahan yang perlu di beri perhatian, jangan dekati mereka tapi bantu mereka.

Friday, October 2, 2009

Ugutan bunuh, Teresa minta polis segera siasat

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan segera ke atas ugutan bunuh yang diterimanya semalam.

Beliau yang juga Adun Kinrara dilaporkan sebagai berkata,ugutan bunuh tersebut dimuatkan ke dalam blognya Sassy MP pada jam 10.27 pagi semalam.

Teresa Kok yang telah di tangkap dan di masukkan kedalam ISA selama seminggu, bila keluar mempertikaikan makanan yang di hidangkan di dalam tahanan macam makanan anjing, kemudian salahkan media kerana memutar belitkan kenyataannya.

Kerajaan pula menjelaskan yang mana penahanan Teresa Kok bukan kerana beliau melakukan kesalahan tetapi atas faktor keselamatan beliau sendiri yang di katakan boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Manusia yang tidak tahu berterima kaseh kepada polis dan hari ini beliau meminta polis menyiasat ugutan bunuh terhadap beliau? sendiri cari masaalah, konon2 dah berkuasa dia ingat boleh buat apa sahaja, boleh tegur itu dan ini tanpa mengambil kira sensitiviti kaum dan agama?

Teresa Kiok tahu PAS dan PKR akan akur sahaja dengan DAP kerana lebihan kekuatan dari segala segi, maka itu lah di boleh cakap apa sahaja hatta mempertikaikan Islam, Saya bukan orang selangor, tapi selalu juga ke selangor dan sedikit sebanyak tahu juga apa yang sudah beliau lakukan sehingga menyebabkan kemarahan masyarakat Islam di kawasan beliau.

Maka kalau Teresa Kiok kena ugut memang patut pun, kata orang tak ada angin takan pokok nak goyang, mungkin beliau juga ada mengugut masyarakat Islam di kawasan beliau, kata orang lagi sarang tebuan jangan di jolok.

Tapi yang sedihnya ada juga masyarakat Melayu Selangor yang masuk DAP secara sukarela masa hari raya pula, apa lagi yang boleh kita andaikan? di Taman Mawar di beritakan ada orang Islam yang nak bertukar agama hanya kerana tidak di bantu kerana kurang kemampuan, maka harapan Ketua di sana ambillah tindakan sewajarnya.

Orang atau bangsa lain akan mengambil peluang dari kesusahan kita. PAS susah untuk berkuasa kalau mereka bersendirian justeru secara sukarela syaitan ke atau mereka yang menolak islam pun mereka pergunakan bagi mencapai matlamat, kelantangan PAS unutk perjuang kan Islam kini sudah jadi pejuang Islam pengecut bila berhadapan dengan DAP.