Followers

Friday, January 28, 2011

DOA PAS HANCURKAN, BN SERU PERPADUAN


JIKA Pas menggunakan pendekatan untuk 'bermusuhan', UMNO pula sentiasa mementingkan perpaduan sesama umat Islam. Ini terbukti menerusi kain rentang digantung oleh jentera UMNO di Jalan Kolam Air, Felda Tenang, Labis yang mengajak semua umat Islam tanpa mengira fahaman bersatu dan bersaudara.

Namun berbeza dengan Pas pada kain rentang yang dibawa oleh sebuah lori secara terang-terangan mendoakan kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Semua tahu bahawa apa pun fahaman dan bangsa, umat Islam adalah bersaudara dan tidak sewajarnya mendoakan kehancuran antara satu sama lain.

Justeru, pengundi yang akan memilih wakil rakyat mereka Ahad ini diharap mampu menilai parti mana yang memperjuangkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat…


Ishak Ramad-utusan

2 comments:

  1. Gila babi doh natang ni.....

    ReplyDelete
  2. PAKATAN MACAM TU, MEREKA DAH RISAU SANGAT, GALAS, BATU SAPI, TENANG DAN TERKINI DI MERLIMAU, DENGAR BERITA NAK LETAK PKR. LINGKUP LE TU

    ReplyDelete