Followers

Thursday, December 23, 2010

Kerajaan Selangor siri 1Malaysia


Konsep 1Malaysia adalah gagasan Satu Malaysia oleh Perdana Menteri yang langsung tidak ada kena mengena dengan penyatuan parti politik untuk menghadapi pilihan raya. Beliau tidak perlukan nya kerana BN adalah perikatan yang telah terbukti perpaduannya. Konsep 1Malaysia adalah konsep rakyat,. Konsep 1Malaysia bererti rakyat Malaysia BERDIRI, BERFIKIR dan BERTINDAK sebagai satu Malaysia.

Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yg memperuntokan kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah di benarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. MB Selangor peka ke pekara ini..??

Kerajaan Pakatan melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang serta papan iklan di negari Selangor, penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik pun, kenapa kerajaan pakatan takut dan kalut dgn logo tu…?? Mungkin Pakatan dah nampak lambang itu kini sudah menjadi ikon oleh rakyat dalam Negara.

Tahniah PM

Saturday, December 4, 2010

DULU KAFIR SEKARANG ANUGERAH TUHAN


DAHULU, UMNO dituduh kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kaum Cina dan India tetapi apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan orang-orang bukan Islam, mereka tidak pula jadi kafir. Inilah Pas yang tidak ada prinsip. Apa yang mereka buat semuanya betul dan mengikut ajaran Islam dan apa yang dibuat orang lain tidak betul. Inilah golongan hipokrit dan sebab itulah, mereka boleh bekerjasama dengan Anwar kerana sama-sama hipokrit.

Semasa dalam UMNO, Anwar kutuk Pas dan kata macam-macam kepada pemimpin dan parti itu. Anwar sokong apa saja yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sekarang Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pula membuat kenyataan bahawa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz pula menyokong kenyataan Wan Azizah.

Jika sebelum ini, pemimpin Pas menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka, kini PKR pula ikut rentak yang sama apabila Wan Azizah menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ untuk memimpin negara ini. Orang yang dahulunya dituduh kafir oleh Pas sekarang telah dinaikkan taraf kepada seorang yang dipilih oleh Allah apabila Nik Aziz menyokong kenyataan tersebut.

Kenyataan ini bukan saja tidak betul tetapi boleh mengelirukan umat Islam. Wan Azizah tidak perlu cari pengaruh dan sokongan untuk suaminya dengan menggunakan perkataan seperti itu. Sebagai isteri, Wan Azizah tahu siapa sebenarnya Anwar. Oleh itu, tak perlulah menyifatkan Anwar sebagai anugerah Tuhan.

ZAK

Kuala Lumpur ( ruangan forum utusan 4/12/2010)

Thursday, December 2, 2010

Seloka ‘Anwar Anugerah Tuhan’


“Anwar ANUGERAH TUHAN”
KATA ISTERI YANG TAK KERUAN
KONON BERJUANG UNTUK KEADILAN
AHLI SENDIRI MEMPERTIKAIKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PENYOKONG SETIA TURUT MENGANGGUKKAN

TERLALU OBSES DENGAN IMPIAN

PUTRAJAYA JADI IDAMAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

AMBOI BEGITU HEBATNYA PUJIAN

PARTI SENDIRI TAK KETAHUAN

INIKAN NAK PERINTAH SATU KERAJAAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

KE SANA KE MARI HEBOH SAKAN

SATU DUNIA DIA JAJAKAN

KONON ‘BN’ ZALIM DALAM PEMERINTAHAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

BANGGA SEBAGAI PEMIMPIN PAKATAN

KIT SIANG, HAJI HADI BERI LALUAN

WALAUPUN KERUSI TAK BERKECUKUPAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

GELI GELEMAN SELURUH BADAN

KES PERIBADI DIA LEWATKAN

KES ORANG LAIN DIA SIBUKKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PARTI KRONI DIA ASASKAN

JANGAN USIK SIORANG KANAN

KELAK TERSINGKIR MACAM SIPOLAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

SIVAJI THE BOSS JADI MAINAN

MENCATUR PEMIMPIN MASA HADAPAN

HABIS BERCELARU PARTI KEADILAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

TIMBUL PULA RASA KASIHAN

KONGRES AMK TAK DAPAT SAMBUTAN

BAGAIMANA MEMBINA PEMIMPIN LAPISAN?

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

CETUSAN NALURI ISTERI KESAYANGAN

KETUANAN MELAYU KINI DIKETEPIKAN

SEBAGAI STRATEGI MENENTU KEMENANGAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

ANAK BERANAK DALAM PIMPINAN

ANGGOTA LAIN CUMA TEMPELAN

SIAPA KOMPLEN HARUS

DISINGKIRKAN

BENAR, “ANWAR ANUGERAH TUHAN”

UNTUK DI JADIKAN BATU SEMPADAN

OLEH SEMUA INSAN-INSAN

AGAR TIDAK TERSESAT JALAN

Sharudin Abdullah

Bandar Baru Bangi, Selangor.