Followers

Saturday, October 30, 2010

PAS Sokong Kenyataan DAP Dalam Menentang Subjek Matapelajaran Sejarah


GUA MUSANG 29 Okt – Tindakan DAP mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ibarat seperti menidakkan asal usul mereka sendiri.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Md Nordin berkata dengan sejarahlah rakyat di negara ini menikmati keselesaan hidup hasil kefahaman rakyat mengenai sejarah mereka yang terdahulu.

"Sesiapa yang mempertikaikan sejarah ini boleh diibaratkan seperti mereka yang melupai atau menidakkan asal usul keturunan mereka sendiri, sepatutnya kita harus berbangga dengan asal usul (sejarah) kita.

"Saya hairan bagaimana dengan DAP boleh menidakkan sejarah sedangkan jatuh bangun atau maju mundur sesuatu bangsa dan negara berdasarkan kepada faktor sejarah mereka," katanya ketika dihubungi umno-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP melalui ahli parlimennya, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan itu dengan menyatakan kebimbangannya bahawa akan berlaku manupulasi terhadap mata pelajaran itu demi kepentingan sesuatu pihak di negara ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Galas sekarang, pihak pembangkang terutamanya DAP turut menggunakan isu berkenaan di kawasan bukan Melayu supaya pengundi terbabit tidak memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Sumber Bernama

Tuesday, October 19, 2010

APA JASA PAS...??


AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini. UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.
Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam

Sumber Utusan, Awang Selamat

PAS PARTI PALING BUSOK DAN KOTOR..??



PAS adalah serpihan dari UMNO, begitu juga org Islam/Melayu dalam PKR yg ada dari PAS dan UMNO, PAS pernah masuk dan keluar dalam UMNO, tapi UMNO tetap kekal tidak kemana-mana, masih konsisten dgn perjuangan nya, tidak mengelabah seperti PAS atau melayu2 dalam PKR

Allah memuliakan manusia dari kejadianNya yg lain dengan memberi akal dan fikiran. Kalau nak fikir perjuanga yang terlalu kotor dan busuk?? perjuagan PAS lah yg sepatutnya di beri tuduhan tersebut, kerana lahiriahnya mempergunakan agama untuk meraih sokongan, PAS tahu betapa sensetif nya Islam di kalangan org Melayu dalam negara, PAS memperdaya kan rakyat dengan mempercayai yg mana perjuangan PAS adalah kesinambungan bagi kesempurnaan Islam dalam negara saja, mempergunakan al-Quran dan hadis bukan untuk kebaikan sejagat tetapi untuk kepentingan politik sempit PAS.

Adakah di kira perjuagan PAS menang kononnya memerintah, sekiranya umat Islam dalam negara masih berpecah belah?? persoaalannya yg harus kita tanya pada penyokong2 atau kepada rakyat adakah PAS menang ke Pakatan yang menang??