Followers

Wednesday, March 22, 2017

Sultan Ibrahim Sultan IskandarJOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan 'hadiah istimewa' buat rakyat negeri ini.Ia sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada Khamis ini.

Sultan Ibrahim bertitah, hadiah dimaksudkan merupakan satu skim perumahan mampu milik untuk 'Bangsa Johor' di Bandar Dato' Onn, di sini.

"Saya tidak mahu dedahkan terlalu banyak informasi sekarang.

"Rakyat dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) ini untuk majlis pelancaran projek yang menarik ini," titahnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, projek hakmilik bebas unik itu akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat.

Ia menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.
"Saya mahu Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah. 

"Saya mahu skim perumahan yang pertama seumpamanya ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

"Bayangkan memiliki sebuah 'bungalow' tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak.

"Akan tetapi proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," titahnya.

Baginda Tuanku menjangkakan projek unik itu mampu membuat kejutan dalam industri perumahan tempatan seterusnya memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah. 


"Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," titahnya. 

No comments:

Post a Comment