Followers
Sunday, June 24, 2012
Demi Allah saya tak melakukannya....??

Saturday, June 23, 2012
Apa jadi dokumen negara Islam?
DR MASHITAH IBRAHIM
22 Jun 2012
Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.
Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.
Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.
Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.
Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.
Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.
Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.
Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.
Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.
Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.
Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.
Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.
Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”
Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.
Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.
Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?
Wednesday, June 20, 2012
Polis Johor Keterlaluan.....??

Nizar dan Mohammad Sabu mempertikaikan tindakan polis johor yg mengeledah Dua pejabat pusat khidmat Nizar di Manjong dan di Bukit Gantang, juga ibu pejabat PAS Perak termasuk rumahnya, mereka menyifatkan tindakan Pasukan Polis itu seperti tindakan gestapo....?? mereka juga merasakan akan rakyat semakin marah terhadap Polis dgn tindakan tersebut dan mereka akan balas dendam terhadap Umno...??
......Takan lah org PAS pendendam...?? masa isu PTPTN di bekukan sekejap je di UNSEL mereka kata UMNO pendendam..?? bukan kah HJ Hadi juga keluar statement di johor yg mana Askar dan Polis johor kini dah menyokong PAS...justeru kenapa nak marah dgn tindakan mereka...?? hormatilah tugas mereka
Walaupun pada dasarnya Nizar dah mohon maaf atas kesilapannya, kepada sultan dan rakyat johor, tapi polis menjalankan kewajipan mereka atas sebab aduan dari rakyat yg tak suka dengan sikap sewel Nizar yg harus di pulihkan di bawah akta hasutan.....?? :)Sumber huruharakah
Tuesday, June 19, 2012
KALAM BICARA - INSAN YANG BERNAMA
Bila melihat kecendurangan ataupun muyul insan yang bernama menitipkan kalam bicara tanpa suara dalam saluran alternatif sejak akhir-akhir ini dilihat amat membimbangkan dan dikhuatiri oleh tokoh-tokoh agama dan ilmuan akan menghakis sifat kemanusian sejati dan merosakkan akhlak peribadi terutama kepada insan muslim. Rasa ketidakpuasan hati diluahkan dalam bentuk yang amat menjijikkan dengan kata nista, maki hamun sehingga mengeluarkan perkataan yang menyifatkan manusia dengan binatang yang diharamkan dalam islam.
Kalau beginilah caranya maka gelora, badai dan lautan umpatan keji akan tambah menggunung tanpa dibendung oleh pihak berwajib ianya akan menjadi barah yang amat sukar untuk diubati pada masa akan datang. Pesanan kalam suci Yang Maha Pencipta dan pesuruhNya tidak langsung dihiraukan walhal ianya amat terlarang dan dilarang oleh agama Islam.
Mereka bagaikan diruntun oleh hawa nafsu serakah yang dipandu oleh perasaan amarah yang melampau dan dipimpin syaitan laknatullah hingga mengenepikan nilai-nilai murni sebagai insan yang bernama. Dengan mudah mereka melepaskan geram kepada individu dan pihak berwajib tanpa ada batasan dan etika sebagai insan yang bernama. Allah telah berfirman mahfumnya “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan diantara manusia” Surah An-Nisa 114.
Rasullullah pernah berpesan dalam hadisnya ertinya “Belum dinamakan lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus hatinya dan belum dinamakan lurus hatinya itu sehinggalah luruslah lisannya dan tidak akan dapat masuk syurga seseorang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya” – Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Kharathi. Orang yang menitipkan bicara tanpa suara dianggap bercakap melalaui luahan minda tanpa diimbangi dengan ilmu agama dibimbangi akan banyak terjerumus kepada kesalahan yang tidak disedarinya.
Maka terjadilah pujian kepada insan yang mereka sukai dan umpatan kepada insan yang mereka tidak suka atau dibenci. Oleh sebab itu Islam selalu menganjurkan supaya kita berdiam diri daripada membicarakan perkara yang kita tidak ketahui dengan sedalamnya.
Allah telah berfirman ertinya “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (Al-Ahzab: 70).
Rasulullah bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Al-Imam Al-Bukhari hadis no. 6089 dan Al-Imam Muslim hadis no. 46 dari Abu Hurairah)
Lidah memang tidak bertulang kata bidalan orang Melayu yang merujuk kepada orang yang mengeluarkan suara lisannya samada memuji atau meluahkan umpan atau fitnah kepada seseorang. Dalam alam maya lidah tidak digunakan hanya jari jemari dan luahan perasaan melalui minda, Nampak berbeza tetapi matlamatnya sama.
Allah dan Rasul-Nya dalam kalam bicaraNya mengingatkan manusia supaya berhati-hati semasa berbicara. Perkataan yang boleh merosakkan atau meretakkan hubungan baik sesama insan harus dihindarkan.
Dua orang sahabat yang baik sekalipun akan putus hubungan ukhwahnya disebabkan oleh perkataan daripada lidah tidak bertulang. Suami isteri yang saling sayang menyayangi pun akan terpisah disebabkan lisan yang mungkar. Malah kekeluargaan sedarah sedaging pun akan berpecah jika lidah tidak dijaga.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh ke dalam neraka Jahanam.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6092).
Sabdanya lagi “Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke dalam neraka yang lebih jauh antara timur dan barat.” no. 6091 dan Muslim no. 6988 dari Abu Hurairah (Shahih, HR. Al-Bukhari)
Dalam satu riwayat yang diceritakan oleh Rasulullah bahawa kesemua anggota tubuh badan diwaktu pagi mengingatkan lidah supaya menjaga kata bicaranya hingga kepetang agar tidak membicarakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan meraka akan menerima bencana disebabkan perbuatan lidah. Disebabkan lidah mereka juga turut terhumban ke dalam neraka.
Sabda Rasulullah “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang berada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin baginya al-jannah (syurga).” (HR. Al-Bukhari no. 6088).
Sabdanya lagi “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat dari apa yang diredhai Allah yang dia tidak menganggapnya (bernilai) ternyata Allah mengangkat darjatnya kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 6092)
Oleh itu wahai insan yang bernama hentikanlah daripada perkara yang buruk demi menjana keharmonian dan menjaga kehormatan orang lain agar tidak dicemari. Umpatan, fitnah, mengadu domba dan berhasad dengki adalah permbuatan yang dilarang agama. Marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam untuk berubah dan berubah demi agama dan bangsa. Walahulam.
RUANG MINDA BAHARUDDIN

Thursday, June 14, 2012
SABAR MENGHADAPI UJIAN

Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.
Ketiga:
Ketiga:
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Keempat:Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar"menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
kesalahan dengan segera.
Keenam:
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.ii. Sabar melawan nafsu.iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
Bentuk ujian keatas manusia.a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.
Fakta2 Pentinga. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

Subscribe to:
Posts (Atom)