Followers

Saturday, November 29, 2008

Assalamualaikum pada semua rakyat Malaysia khususnya di Parlimen Pasir Gudang, semoga semua sentiasa di dalam Rahmat Allah swt jua hendaknya di mana sahaja semuanya berada.

Hari ini saya terpanggil untuk memberi sumbagan menulis di alam cyber yang tiada sempadan ini untuk bersama sama rakan seperjuangan demi menyahut seruan kempimpinan YB Datuk Seri Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang supaya dapat memberikan apa sahaja pandangan dan memberi komen terhadap kepimpinan di peringkat Bahagian, Cawangan dan juga sehingga lah keperingkat yang di iktirafkan sebagai akar umbi dengan mencipta blog.

Saya ingin mengambil peluang ini sebagai Ketua UMNO Cawangan untuk mengucapkan syabas kepada rakan rakan seperjuangan yang telah berhempas pulas untuk berada di tahap kepimpinan Bahagian dan saya berharap rakan rakan dapat menjalan amanah yang telah di berikan dan mengotakan segala janji perjuangan yang di janjikan kepada rakan rakan di peringkat akar umbi dan khasnya saya pasti rakan rakan juga telah berjanji pada diri sendiri selain tidak mensia sia kan peluang yang telah di berikan.

Kepada rakan rakan yang telah berada di tahap kepimpinan ingat lah, beribu ribu manusia yang berada di dalam Parlimen Pasir Gudang, maka muhasabah diri dan berfikirlah sejenak yang mana pemilihan rakan rakan juga adalah ketentuan dari Allah swt, maka berjuanglah demi agama dan anak bangsa.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada rakan rakan dan kepada kepimpinan YB Datuk Seri juga, setakat ini dahulu saya menulis unutk masa yang terdekat ini, slam blogger dari saya.