Followers

Friday, March 3, 2017

BANTAHAN TERHADAP PEMBANGKANG MENGADAKAN CERAMAH DI JOHOR




JOHOR BAHRU: Sebanyak 10 laporan polis dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai persatuan petang tadi, sebagai membantah kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Johor esok. Laporan itu dibuat secara berperingkat sejak jam 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini, sebelum mengadakan bantahan secara aman hampir 40 minit di depan IPD berkenaan.

Pengerusi Sahabat Muafakat, Mohd Arafat Muhammad, berkata Dr Mahathir bersama beberapa lagi kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijadualkan menghadiri program ceramah parti itu di Bandar Baru Uda, di sini malam esok. 

Katanya, NGO itu berpendapat kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM akan hanya memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini. "Kehadiran pemimpin pembangkang yang kemudian melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ketika ceramah boleh mengelirukan rakyat di negeri ini selain cuba mengganggu keharmonian penduduk Johor.

"Bantahan hari ini juga seiring dengan amaran yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini kepada ahli politik luar supaya tidak mencampuri urusan negeri ini. 

"Sebagai penduduk Johor, kami taat kepada titah Sultan Johor dan mahu Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain supaya tidak mencampuri urusan Johor atau cuba mengelirukan rakyat negeri ini," katanya.

 Antara NGO yang hadir, Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Persatuan Pekerja Malaysia di Johor dan Persatuan Penjaja Taman Bukit Indah. Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Yap Keng Tak, berkata penduduk Johor menolak sebarang usaha pemimpin pembangkang yang cuba memecahbelahkan keharmonian kaum di negeri ini. "Di Johor, kita hidup bersatu-padu di antara satu sama lain dengan menyokong penuh kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Kita tidak mahu ada percubaan dari pihak luar yang mahu menimbulkan kekacauan di Johor," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/255135

No comments:

Post a Comment