Pagi tadi beberapa peniaga melayu termasuk aku berkumpul di pejabat MARA selangor. tak ramai pun sekitar 4 orang je. tujuan kami datang ke pejabat MARA pasal nak tanya pasal status pinjaman perniagaan kami.
jawapannya daripada pegawai MARA, duit takde. memandangkan ini bulan poasa, kami berempat lepak sekejap kat tasik shah alam bagi sesi luah perasaan.
seorang kawan gap kata dia nak pinjam ah long pasal MARA dan tekun pun bagi jawapan yang sama. kami pesan kat dia, banyakkan sabar walaupun nasihat tu memang bunyinya macam sial.
tadi aku bawak paper. najib declare beri saguhati kepada 800 ribu lebih penjawat awam sempena raya dan musim persekolahan baru. TOTAL WANG YANG DIBERI PERCUMA TANPA BAYAR BALIK ITU berlegar sekitar RM 430 juta.
aku pandang muka 3 kawan aku, depa pandang muka aku. aku kata kita peminjam MARA ni paria melayu kot atau peniaga melayu kategori bangsat. aku cakap kat kawan aku, KITA BUAT PINJAMAN BUKAN NAK FREE, SIAP INTEREST 4 % LAGI.
dah setahun kita tunggu,merayu bergolok bergadai pertahan kan punca sember rezeki. sorang kawan aku buang bodoh RM45K pasal mengharap buah yang tak gugur. dia nak pinjam MARA sebanyak RM 100K, loan apply december 2008. sementara nak tunggu lulus loan MARA, dia buat loan bank. sampai hari ni MARA tak dapat. hutang free je kat bank.
tapi najib dan shafie apdal buat bodoh dan pekakkan telinga. adakah rakyat malaysia ini dalam perkiraan najib dan shafie apdal, orang felda dan government sahaja ? yang kamu tatang bagai minyak yang penuh.
takde ribut dan taufan, tiba-tiba najib boleh bagi press statement bagi free penjawat awam RM430 juta. najib oh najib, kami peminjam MARA tak minta free la wahai hero 1 malaysia. kami bayar balik, ulang kami bayar balik siap dengan interest.
3 hari najib jadi PM, dia buat liberalisasi ekonomi. kementerian pembangunan usahawan (MECD) di bubarkan. kononnya nak amik hati cina. tapi sayang cina dari prk kuala trengganu sampai permatang pasir terang-terang menipu najib.
hak peniaga melayu dijadikan barang cagaran tapi sayang ia tak disambut. najib dan shafie apdal, apa lah masalah besar sangat ni sampai MARA ni tak boleh settle-settle lagi ? please la wahai dato perdana menteri dan dato menteri, kami tahu kamu tiada punyai masalah kewangan tapi janganlah kerana leka hidup senang tu, kamu lupakan masalah beratus peniaga melayu yang meminjam loan MARA ni ? kami pun ada anak bini jugak wahai dato seri 1 malaysia.
jangan lah buat tak tahu wahai dato-dato sekalian ?! tolonglah percepatkan kelulusan dan penyaluran pinjaman MARA kami dato, peniaga melayu yang dato layan macam paria ni !?
1 malaysia, cina,india dan staf government didahulukan, peminjam mara digampangkan.
Baca komen disini
...........
Macam sama dengan peristiwa Moein.....fikirlah sendiri
No comments:
Post a Comment