Followers

Tuesday, July 14, 2009

Azmin saran rombak Exco Selangor

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, sekali lagi bertegas dan mendesak kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PR, melakukan rombakan terhadap barisan Exconya bagi memastikan pembangunan negeri itu dilaksanakan secara lebih efektif.

Saya percaya beliau tahu apa yang sudah berlaku, kemelut yang berada di dalam kempimpinan kerajaan baru negari Selangor PR, yang sedihnya menjadi mangsa adalah rakyat, PR masih tercari cari formula untuk menyatukan padu kepimpinan, Pakatan yang mempunyai ideologi yang berbeza beza, masih lagi tidak mempercayai di antara satu sama dengan yang lain. sudah hampir 2 tahun memerintah tapi tiada rangsangan yang boleh di banggakan oleh rakyat Selangor, baik dari segala segi. Selain masih lagi meletak diri mereka seperti pembangkang dalam kerajaan sendiri.

DAP, PAS dan PKR sebenarnya di lahirkan atau di wujud hanya untuk menjadi pembangkang itu realitinya, bukan pemerintah, kerja mereka hanya mencari salah orang lain, kita boleh lihat dengan jelas, setiap kali perhimpunan di buat atau ceramah kerja mereka hanya mengutok, memaki hamun dan mengada ada cerita tanpa fakta. Tidak ada pun satu perhimpunan atau ceramah yang boleh memajukan Negara, yang menjadi hairan dan pelik pekara tersebut juga berlaku di negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat, dah menang tapi masih bimbang, macam tidak percaya kepada rakyat yang telah mengundi mereka.

Saya selalu berada di Selangor di Parlimen Ampang, saya ada juga terdengar masalah dalaman di antara YB Parlimen Ampang(PKR) dengan YB ADUN(PAS) dan wakil AhliMajlis(PAS)yang ada perlagaan di antara mereka dalam untuk berjuang kepada masyrakat dan dengar juga desas desus yang mana Wanita Bahagian PKR Ampang tidak seia dan sekata dengan YB Parlimen Ampang. malah dah mula menjuir bibir bilamana nama YB Parlimen Ampang di sebut depan mereka, maka bukan kata exco sahaja perlu di rombak, saya cadangkan PKR di bubarkan sahaja, kerana merosak kan penyatuan melayu.

No comments:

Post a Comment