Followers

Friday, April 21, 2017

ROS terkejut bila Kedai Jubin jadi Pejabat Parti Ezam Kotak



kedai jubin rupanya, padan muka, asyik kerja nak menipu, akhirnya ko kena tipu juga, pandai sangat menipu lah konon......😀😀😀 ada hati nak saman PM..??
cuma aku pun tak faham, sebelum2 ni, dah tahu..... Ezam ni memang penipu, bekerjasama dengan Anwar, pun ada orang kita masih nak yg pecaya dia lagi, sehingga boleh lobi dia jadi senator.....??
kepada pemimpin2 atas tu, belajar lah pandang pemimpin2 di bawah ni yg ikhlas berjuang dan masih ada jati diri....mana yg dah keluar tu anggaplah mereka hampas2 buangan UMNO je, jgn nak kitar semula kononnya nak jadi kan baja...??

Tuesday, April 4, 2017

Beri Yang Terbaik Kepada Johor


.



JOHOR BAHRU, 4 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyeru agar Bangsa Johor memberi kesetian kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sama-sama memberi yang terbaik kepada negeri Johor

“Saya menyeru seluruh Bangsa Johor sama ada yang berada di Johor atau di mana-mana sahaja mereka berada marilah kita berikrar dan menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kita kepada pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Marilah kita seluruh Bangsa Johor, menanam azam dan tekad, untuk bersama-sama memberikan yang terbaik kepada negeri ini,” beliau berkata semasa Majlis Jamuan Negeri Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Dymm Sultan Johor pada ahad yang lalu.
Menjadi tanggungjawab setiap Bangsa Johor, tidak kiralah apa pun kapasiti serta kedudukan kita untuk bersama-sama menyumbang daya tenaga, masa serta usaha keras ke arah menjadikan Johor dan seluruh lingkungannya lebih makmur dan sejahtera.

Wednesday, March 22, 2017

Sultan Ibrahim Sultan IskandarJOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan 'hadiah istimewa' buat rakyat negeri ini.Ia sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada Khamis ini.

Sultan Ibrahim bertitah, hadiah dimaksudkan merupakan satu skim perumahan mampu milik untuk 'Bangsa Johor' di Bandar Dato' Onn, di sini.

"Saya tidak mahu dedahkan terlalu banyak informasi sekarang.

"Rakyat dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) ini untuk majlis pelancaran projek yang menarik ini," titahnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, projek hakmilik bebas unik itu akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat.

Ia menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.
"Saya mahu Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah. 

"Saya mahu skim perumahan yang pertama seumpamanya ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

"Bayangkan memiliki sebuah 'bungalow' tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak.

"Akan tetapi proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," titahnya.

Baginda Tuanku menjangkakan projek unik itu mampu membuat kejutan dalam industri perumahan tempatan seterusnya memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah. 


"Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," titahnya. 

Friday, March 3, 2017

Kerajaan Negeri Johor akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Image result for khaled nordin




Kerajaan Negeri Johor amat mengutamakan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan yang telus, bersih dan beramanah.

Justeru Kerajaan Negeri memandang serius siasatan dan penangkapan terhadap beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Negeri Johor.

Setelah meneliti dan mengambil kira perkembangan mutakhir, Kerajaan Negeri Johor ingin membuat beberapa penjelasan dan penegasan.

Pertama: Kerajaan Negeri Johor akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.
Kerajaan Negeri Johor berpendirian bahawa SPRM harus diberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan siasatan.

Adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak. Ini bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam siasatan yang dijalankan.
Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri juga akan dipastikan memberi kerjasama terbaik agar siasatan yang adil dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri turut ingin memaklumkan bahawa Datuk Haji Abd Latif bin Haji Bandi, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal perumahan dan kerajan tempatan telah memohon untuk bercuti dari perkhidmatannya dalam Kerajaan sehingga siasatan ini selesai.

Tindakan ini amat bersesuaian agar proses siasatan dapat berjalan dengan lancar dan bebas demi mengangkat integriti dan ketelusan yang senantiasa menjadi pegangan kukuh Kerajaan Negeri.

Kedua: Pelepasan Status Bumiputera adalah dasar yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab untuk ambil kesempatan bagi menjelaskan kekeliruan tentang isu yang melibatkan penukaran atau pelepasan status rumah-rumah Bumiputera kepada status awam atau bukan Bumiputera.

Dasar yang membenarkan pelepasan ini tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Secara asasnya, penukaran dan pelepasan status atau kouta Bumiputera untuk rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Kos Rendah adalah dibenarkan dan menjadi amalan Kerajaan Negeri dari dahulu lagi.

Ia terpakai kepada rumah-rumah mewah dan harganya di luar kategori RMMJ yang telah melepasi tempoh dan syarat tertentu, bagi mengelakkan lambakan rumah sedemikian yang tidak terjual kepada pembeli Bumiputera.

Permohonan ini lazimnya dibuat oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian yang besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka.

Sejak akhir tahun 2013, penambahbaikan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan menetapkan bahawa salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh pemaju dalam membuat permohonan pelepasan status Bumiputera tersebut ialah dengan pemaju memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri. Jumlah yang ditetapkan ialah sebanyak 7.5%, iaitu bersamaan dengan 50% daripada 15% diskaun Bumiputera.

Selain itu, terdapat juga permohonan untuk membayar atau membuat sumbangan pada jumlah yang lebih rendah daripada peratusan yang ditetapkan ini terutamanya bagi projek-projek lama sebelum tahun 2013.

Kesemua keputusan berhubung kelulusan bagi setiap permohonan sebegini diputuskan oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sumbangan atau kutipan yang diperolehi hasil bayaran penukaran dan pelepasan status Bumiputera ini kemudiaannya dimasukkan ke dalam Tabung Perumahan Bumiputera. Sumbangan yang diperolehi sejak 2013 adalah sebanyak kira-kira RM600 juta.

Dana ini seterusnya digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai sumber dana dan perbelanjaan untuk, antara lain:
(a) Mengenalpasti dan membeli tanah-tanah yang bersesuaian untuk dibina rumah mampu milik di seluruh Johor;
(b) membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor seperti yang ditawarkan dalam skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ);
(c) membina gerai-gerai atau pusat berniaga mampu milik untuk golongan Bumiputera;
(d) membolehkan Kerajaan Negeri membeli tanah-tanah milik Bumiputera yang strategik dan bersesuaian supaya ia kekal dimiliki Bumiputera;
(e) menjadi sebahagian daripada sumbangan dana pusingan di bawah skim pembiayaan perumahan rumah mampu milik Johor di bawah AmBank Islamic.

Maka, adalah ditegaskan, dana yang dikumpul hasil dari dasar ini, telah menjadi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan lebih banyak lagi projek perumahan golongan Bumiputera.

Penjelasan ini sekaligus menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan SPRM ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera dan kerana itu, terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera.

Ketiga: Kerajaan Negeri akan memperkemas prosedur dan tadbir urus
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan pemantapan prosedur dan tadbir urus Kerajaan Negeri diperkemaskan.
Kerajaan Negeri akan membuat pengumuman selanjutnya dalam sedikit masa lagi tentang langkah-langkah penambahbaikan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan Negeri bagi mengelakkan segala bentuk ketirisan dan penyalahgunaan.
Pihak Kerajaan Negeri berharap yang siasatan ini akan berjalan dengan lancar dan dapat dilengkapkan dengan sebaiknya. Adalah menjadi harapan kerajaan Negeri agar ia membuahkan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Besar Johor
2 Mac 2017

BANTAHAN TERHADAP PEMBANGKANG MENGADAKAN CERAMAH DI JOHOR




JOHOR BAHRU: Sebanyak 10 laporan polis dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai persatuan petang tadi, sebagai membantah kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Johor esok. Laporan itu dibuat secara berperingkat sejak jam 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini, sebelum mengadakan bantahan secara aman hampir 40 minit di depan IPD berkenaan.

Pengerusi Sahabat Muafakat, Mohd Arafat Muhammad, berkata Dr Mahathir bersama beberapa lagi kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijadualkan menghadiri program ceramah parti itu di Bandar Baru Uda, di sini malam esok. 

Katanya, NGO itu berpendapat kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM akan hanya memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini. "Kehadiran pemimpin pembangkang yang kemudian melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ketika ceramah boleh mengelirukan rakyat di negeri ini selain cuba mengganggu keharmonian penduduk Johor.

"Bantahan hari ini juga seiring dengan amaran yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini kepada ahli politik luar supaya tidak mencampuri urusan negeri ini. 

"Sebagai penduduk Johor, kami taat kepada titah Sultan Johor dan mahu Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain supaya tidak mencampuri urusan Johor atau cuba mengelirukan rakyat negeri ini," katanya.

 Antara NGO yang hadir, Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Persatuan Pekerja Malaysia di Johor dan Persatuan Penjaja Taman Bukit Indah. Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Yap Keng Tak, berkata penduduk Johor menolak sebarang usaha pemimpin pembangkang yang cuba memecahbelahkan keharmonian kaum di negeri ini. "Di Johor, kita hidup bersatu-padu di antara satu sama lain dengan menyokong penuh kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Kita tidak mahu ada percubaan dari pihak luar yang mahu menimbulkan kekacauan di Johor," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/255135

Thursday, March 2, 2017

MUHYIDDIN MAKAN CILI?

Baru-baru ini di sebuah program bersama rakyat, DYMM Tuanku Sultan Johor ada bertitah dan dalam ucapan baginda, baginda telah, dengan terbuka dan berani menegur sikap seorang bekas pemimpin negara. Teguran baginda sungguh tegas dan walaupun baginda tidak menamakan akan siapa orang itu, umum nya mengetahui bahawa orang yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, adalah Mahathir. Apa yang jelas, titah dan teguran baginda telah mendapat reaksi yang positif disamping mendapat sokongan yang amat jitu. Baginda jelas menyatakan bahawa baginda selesa dengan corak kepimpinan memanda menteri baginda, YAB Dato Khaled Nordin. Apa yang jelas, segala perancangan pembangunan di negeri dibawah naungan baginda dilakukan secara bersama di antara baginda dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada. Baginda juga turut menyakinkan rakyat negeri Johor bahawa baginda dan kepimpinan kerajaan negeri mempunyai hubungan yang amat kukuh dan mempunyai hubungan yang cukup erat. Apa yang jelas adalah, baginda selesa dengan kepimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.



Sementalaah, tidak sampai seminggu titah dan teguran Tuanku Sultan ditularkan melalui media massa dan internet, Muhyiddin secara tiba-tiba menularkan warkah terbuka nya (difahamkan) kepada beberapa pemimpin politik pembangkang dan umno sendiri. Hari ini akhbar Sinar telah merekodkan penulisan Muhyiddin. Persoalan nya? Mengapa Muhyiddin perlu menularkan warkah terbuka kepada DYMM Sultan? Adakah Sultan menuduh beliau? Adakah beliau orang yang Sultan maksudkan. Ya, memang Tuanku Sultan ada menyebut bahawa sikap pemimpin itu yang sombong dan angkuh. Tetapi, jika Muhyiddin tidak seperti yang baginda maksudkan, mengapa perlu melatah? Mengapa tidak Muhyiddin naik mengadap Tuanku Sultan dan berbincang dengan baginda? Jika benarlah seperti kenyataan Muhyiddin bahawa Sultan begitu simpati akan nasib beliau apabila tersinkir dari arus politik perdana.
Hairan dan ajaib sungguh sikap Muhyiddin? Nampaknya titah dan teguran Tuanku Sultan itu bukan sahaja ditujukkan kepada Mahathir, tetapi kepada Muhyiddin? Agaknya Muhyiddin sememangnya berada di dalam kanta pemerhatian Tuanku Sultan? Untuk makluman Muhyiddin, titah ucapan Tuanku dan teguran Tuanku tidak dicatat di dalam teks ucapan baginda. Ayat-ayat yang dititah keluarkan oleh baginda adalah ayat ayat yang ujud dari sanubari baginda. Muhyiddin harus ingat, bukan Muhyiddin dan ikon Muhyiddin saja yang ingin menyelamat Malaysia. Tuanku lebih lagi. Tuanku sememangnya sayangkan negeri kelahiran baginda, negeri yang nenek moyang baginda memerintah sekian lama.
Mungkin Muhyiddin terlupa, bahawa kerajaan persekutuan ketika itu bawah idola Muhyiddin termasuk kerajaan negeri di bawah Muhiddin suatu ketika dahulu telah melakukan sesuatu yang Muhyiddin tidak ingat ataupun mudah lupa? Lupakah Muhyiddin bagaimana Almarhum ayahanda Tuanku serta kaum keluarga Tuanku diperlakukan sewaktu berlaku nya krisis perlembagaan? Saya rasa perkara ini pernah didedahkan dengan panjang lebar secara terbuka oleh DYAM Tunku Mahkota suatu ketika dahulu. Lupakah Muhyiddin bagaimana kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin tidak ataupun jarang sekali berbincang soal pembangunan negeri Johor bersama Almarhum Tuanku Sultan? Lupakah Muhyiddin bagaimana dukacita nya Almarhum apabila di zaman Muhyiddin berkuasa, cuti mingguan di Johor telah ditukarkan kepada Sabtu dan Ahad dengan alasan, konon nya untuk memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri dengan persekutuan? Adakah Muhyiddin telah mendapat perkenan Almarhum Tuanku? Pernahkah Muhyiddin berbincang dengan Almarhum Tuanku tentang projek waterfront di Johor Baharu yang kini amat memedihkan mata yang memandang? Lupakah Muhiddin projek Safari yang terus terbengkalai dan kerugian jutaan ringgit? Lupakah Muhyiddin bahawa ASJ sudah tidak lagi ujud sekarang?
Untuk makluman Muhyiddin, titah Tuanku itu ada kebenaran nya. Kami rakyat bangsa Johor tahu bahawa setiap projek perumahan, termasukalah Forest City yang Muhyiddin dan Mahathir salakkan itu mendapat perkenan Tuanku Sultan. Tuanku sebenarnya tidak mahu Johor menjadi apa yang sedang berlaku di beberapa negeri pembangkang. Sultan tidak boleh berkata apa-apa. Kami tidak mahu apa yang berlaku seperti projek penternakan babi berskala besar yang akhir nya telah berjaya mengusirkan rakyat negeri yang telah lama bermastautin di situ? Untuk maklumat Muhyiddin, apa yang berlaku di negeri Johor ini mendapat perkenan, restu dan kerjasama daripada Tuanku Sultan. Itulah yang sebenarnya sepatutnya berlaku dan saya rasa ianya tidak berlaku di zaman Muhyiddin memerintah Johor.
Negeri Johor sejak dipimpinan oleh YAB Dato Khaled berjaya menambahkan eset kerajaan negeri, termasuk eset bumiputra dan tanah rizab Melayu yang banyak hilang sewaktu Muhyiddin memimpin Johor dahulu. Sejak YAB Dato Khaled menjadi MB, kerajaan negeri tidak lagi berhutang dan telah melanggsaikan hutang nya kepada kerajaan persekutuan. Muhyiddin tidak boleh menyamakan zaman Muhyiddin dengan zaman Dato Khaled. Zaman Muhyiddin, kerajaan kaya dengan pelbagai hasil nya. Namun zaman sekarang, lain bicara nya. Kita sedang mengalami zaman kegawatan ekonomi diperingkat global. Bukan sahaja terkesan oleh Malaysia, malah hampir seluruh negara dunia. Apa yang jelas, nakhoda kerajaan negeri sekarang sedang dan berjaya mengharungi ombak badai yang cukup ganas berbanding zaman Muhyiddin.
Persoalan seterusnya adalah apakah Muhyiddin berani mengatakan bahawa tiada berlakunya penipuan ataupun kemungkaran di zaman Muhyiddin memerintah Johor? Muhiyiddin lupa, bahawa di zaman Muhyiddin, negeri Johor telah kehilangan maruah nya. Lupakan Muhyiddin Pulau Batu Putih serta tanah Johor di Tanjung Pagar? Di manakah suara Muhyiddin selaku menteri kanan pusat? Diam tatkala Pulau Batu Putih di ambil orang asing?
Jika benarlah Muhyiddin pejuang sejati, Tidak kiralah samada bangsa keturunan Jawa, Bugis atau Melayu, mengapakah Muhyiddin tergamak bersama-sama musuh orang Islam dan orang pribumi Malaysia? Lupakah apa sebenar nya perjuangan asal parti Dap? Janganlah kerana kerakusan dan kemaruk akan kuasa, maka yang hitam dilihat putih, yang busuk di katakan wangi dan musuh dikatakan kawan yang setia.
Untuk Muhyiddin, janganlah nak menegakkan benang yang sebenarnya sudah basah. Kami rakyat bangsa Johor akan tetap tersama yang mempertahankan setiap inci tanah Johor hingga ke titisan darah yang terakhir bersama-sama Tuanku Sultan kami dan YAB Mentri Besar kami.
ALLAH PERLIHARA NEGERI JOHOR. ALLAH SELAMATKAN SULTAN.
Hj Azman Jaafar
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Pasir Gudang