JOHOR BARU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) optimis untuk mencapai sasaran pelaburan baharu bagi Iskandar Malaysia tahun ini dengan jumlah kini melepasi RM25 bilion pada minggu pertama bulan ini.
Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata dengan perkembangan itu, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran RM30 bilion yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.
"Pihak kami sudah boleh memuktamadkan angka-angka sehingga penggal ketiga bagi tahun ini, yang saya jangka melepasi angka RM25 bilion yang bakal diumumkan sedikit masa lagi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Rendah Karbon Asia di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah memperkenalkan usaha yang lebih agresif bagi mempamerkan Wilayah Iskandar sebagai wilayah yang menarik untuk pelabur meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi global yang tidak stabil.
"Pendekatan agresif itu termasuklah memastikan segala prasarana dan infrastruktur dibangunkan dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa prasarana ini membentuk satu ekosistem yang menarik bagi pelaburan kerana pelabur melihat perkara ini," kata beliau.
Ismail berkata selain itu, pihaknya turut meningkatkan sistem penyampaian dan memperkenalkan wilayah Iskandar menerusi program promosi menerusi penyertaan progam misi perdagangan yang diadakan di dalam mahupun di luar negara...BERNAMA
Followers
Monday, October 12, 2015
Parti Komponen BN perlu kukuhkan Kekuatan Sendiri- Khaled Nordin
JOHOR BAHRU: Setiap parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan kedudukan dan kekuatannya tersendiri, sebaliknya bukan bergantung pada kekuatan pihak lain.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata BN juga memiliki pelbagai parti yang mempunyai pandangan dan bebas menyuarakan pendapat mereka.
"Apapun, cara dan pendekatan kita (BN) ambil ialah menguatkan parti masing-masing dan dengan kekuatan itu diadunkan menjadi kekuatan lebih besar dan bukan bergantung pada kekuatan orang lain," katanya
Sumber
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata BN juga memiliki pelbagai parti yang mempunyai pandangan dan bebas menyuarakan pendapat mereka.
"Apapun, cara dan pendekatan kita (BN) ambil ialah menguatkan parti masing-masing dan dengan kekuatan itu diadunkan menjadi kekuatan lebih besar dan bukan bergantung pada kekuatan orang lain," katanya
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)